KENALI DIRI DAN POTENSI DIRI ANDA

E-BOOK PERCUMA UNTUK PENGETAHUAN ANDA

23 Disember 2009

Senarai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia

2009: Lionel Messi (Argentina) Barcelona

2008: Cristiano Ronaldo (Portugal) Manchester United

2007: Kaka (Brasil) AC Milan

2006: Fabio Cannavaro (Italia) Real Madrid

2005: Ronaldinho (Brasil) Barcelona

2004: Ronaldinho (Brasil) Barcelona

2003: Zinedine Zidane (Prancis) Real Madrid

2002: Ronaldo (Brasil) Real Madrid

2001: Luis Figo (Portugal) Real Madrid

2000: Zinedine Zidane (Prancis) Juventus

1999: Rivaldo (Brasil) Barcelona

1998: Zinedine Zidane (Prancis) Juventus

1997: Ronaldo (Brasil) Inter Milan)

1996: Ronaldo (Brasil) Barcelona

1995: George Weah (Liberia) AC Milan

1994: Romario (Brasil) Barcelona

1993: Roberto Baggio (Italia) Juventus

1992: Marco van Basten (Belanda) AC Milan

1991: Lothar Matthaus (Jerman) Bayern Munich.(*)

12 Disember 2009

Menyingkap Kejatuhan Khilafah 1924

Post video www.mypustaka.blogspot.com

02 Disember 2009

Rokok : Liow Tiong Lai Tersasar

Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan," katanya. BERNAMA

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai amat tersasar kerana rata-rata kita dapat menyaksikan masih banyak kedai masih menawarkan rokok secara "beli batang" yang mendapat sambutan anak muda terutama pelajar-pelajar sekolah.

Sewajarnya bukan larangan jualan jumlah kapasiti kotak bawah 20 batang yang menjadi pilihan untuk membendung "budak-budak" merokok yang diwartakan pada 23 Sept 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 tetapi mengutamakan penguatkuasaan bagi membendung pembelian secara batang lebih memberi makna untuk membendung golongan kanak-kanak berjinak-jinak dengan rokok.

Sekiranya perkara ini diabaikan, Liow Tiong Lai dianggap hasrat menyelesaikan dan membendung gejala ini seperti "budak-budak" kerana tindakannya seolah-olah tidak berasaskan realiti dan perancangan yang teliti melalui kaji-selidik dilapangan.

18 November 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

17 November 2009

Tidak hadir bertugas, kesalahan tatatertib tertinggi

KUALA LUMPUR 17 Nov. — Ketidakhadiran bertugas masih merupakan kes kesalahan tatatertib tertinggi di kalangan kakitangan awam, terutama membabitkan kumpulan sokongan untuk tempoh Julai hingga September tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, daripada 314 pegawai yang dikenakan tindakan atas kesalahan itu, seramai 294 terdiri daripada kumpulan sokongan berbanding 20 daripada kumpulan pengurusan dan profesional.

Sementara daripada seramai 159 pegawai yang dikenakan pelanggaran tatakelakuan, 143 terdiri daripada kumpulan sokongan dan selebihnya termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pengurusan dan profesional, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 46 anggota kumpulan sokongan didapati terlibat dengan kes mahkamah, 16 terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952, empat diambil tindakan kerana keterhutangan kewangan yang serius, dua kerana pekerjaan luar, satu kerana gangguan seksual, dan selebihnya kerana sebab-sebab lain.”

Ismail berkata, walaupun bilangan pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib, menurun sebanyak 21 peratus iaitu kurang sebanyak 119 orang daripada 685 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, jumlah anggota kumpulan sokongan tetap merupakan kumpulan tertinggi iaitu 91.3 peratus daripada 566 anggota perkhidmatan awam yang dikenakan tindakan tatatertib untuk suku ketiga tahun ini. - Bernama

06 November 2009

Krisis Pandangan Selawat Syifa'

Posting video dibawah tiada kena mengena dengan kes hangat yang berkaitan masa kini tetapi untuk tatapan pengunjung blog ini.

Saya percaya, mereka yang menyaksikannya mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing berlandaskan hujjah ilmiah. Bagi mereka yang kurang jelas dalam hal ini bolehlah merujuk kepada yang arif dalam bidang berkenaan bahasa arab dan bidang syariah.







Apa yang penting, pendapat pro dan kontra berkenaan selawat syifa' jangan sampai mengeruhkan hubungan sesama muslim yang lebih utama dijaga.

 (bagi pembaca groups mungkin tidak dapat menyaksiakan video tersebut; sila ke mypustaka.blogspot.com)

03 November 2009

Kapsul ubat: Gelatin Babi Dicop Halal

BERNAMA


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.
 
               Kes ni lebih parah dari 50% halal dari indon sebab dah kena tipu       

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

Translate

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP