Tahun Baru 1430H dan 2009M
Selamat Tahun Baru kepada semua, semoga murah rezeki, panjang umur dsb… itu ungkapan yang biasa kita dengar dan biasa diucapkan untuk kita atau kita yang ucapkan. Ucapan orang-orang arab “kullu ‘aam wa antum bikhair” (maksud lebih kurang – sepanjang tahun kamu dalam kebaikan), manakala ucapan English “heppy newyear” semua ucapan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sama untuk mendoakan kebaikan yang diharapkan oleh semua makhluq. Kesempatan ini juga myPustaka mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ini.
Menurut Syeikh Muhammad Marzuqi dalam Syarah Natiijatul Miiqaat beliau menerangkan, apabila awal tahun iaitu tanggal 1 Muharram jatuh pada hari tertentu ia mempunyai tanda dan alamat tertentu sebagaimana berikut:
Isnin : Menunjukkan kebaikan raja/ pemerintah serta hulubalang dan hujan banyak.
Selasa : Kematian pembesar, pertumpahan darah, barangan naik harga dan sedikit hujan.
Rabu : Sederhana dalam semua perkara bagi rakyat dan hujan
Khamis : Keadilan raja/ pemerintah dan hulubalang, kebaikan pada hal ehwal Qadi dan Fuqaha’ serta banyak rezqi, kebajikan dan hujan.
Jumaat : Kezaliman raja/ pemerintah, hulubalang dan pembesar, manusia bercakaran dan sedikit hujan.
Sabtu : Kesusahan manusia dalam pekerjaan dan kehidupannya, tunduk kepada orang Fasiq serta tahun ini adalah tahun ketakutan.