02 April 2009

Kundalini Reiki - Pengenalan

Kundalini Reiki adalah kaedah pengaktifan dan penyelarasan tenaga alam melalui attunement (penyelarasan) yang dikendalikan oleh master. Ianya satu kaedah yang berbentuk alami tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama, kepercayaan, budaya atau aliran-aliran sesuatu kumpulan. Ianya juga tidak menggunakan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.
- ( Penulis lebih selesa dengan istilah "alami" bagi menggantikan istilah yang telah sedia digunapakai iaitu "ilahi" untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman pada ungkapan. Alami berasal pada kata alam dengan imbuhan "i" membawa maksud sesuatu yang bersifat alam. Contoh penggunaan Islam - Islami,bersifat Islam, dan contoh-contoh lain. )

Kundalini bermaksud tunjang manakala Reiki terdiri dari dua suku kata yang berasal dari perkataan Jepun. Rei bermaksud alam semesta dan Ki pula bermaksud tenaga. Kundalini Reiki adalah tenaga alam semesta yang digembelengkan melalui badan dan disalurkan kepada mana-mana bahagian yang mengalami masalah, diri sendiri atau orang lain sama ada secara hadir atau jarak jauh melalui tapak tangan.

Perlu diketahui, Kundalini Reiki juga bukan semata-mata atas tujuan perubatan alternatif semata, bahkan ianya juga boleh dimanfaatkan pelbagai guna selagi bertujuan positif.

Kundalini Reiki ini telah pun tersebar luas ke seantero dunia tanpa sempadan geografi, taraf hidup, profesion kerjaya, bahasa, bangsa dan agama. Bahkan di sesetengah negara ianya dijadikan sebagai ko-kurikulum sekolah atau institusi sebagai aktiviti sampingan dan utama seperti Jepun, Amerika, Denmark, United Kingdom dan lain-lain.

Manfaat bagi pengamal Kundalini Reiki adalah amat banyak, ianya berbentuk spiritual/ kerohanian atau fizikal. Ianya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan pro aktif pengamal itu sendiri. Pengamal boleh mengembangkan penggunaannya dengan berasaskan pelajaran yang diberi.

Selain pengembangan cara guna, berlaku juga pengembangan pada disiplin ilmu asasnya. Melalui pengembangan disiplin ilmu asas inilah, lahirnya Kundalini Reiki dan nama-nama yang lain yang berasaskan Reiki.

Walaupun begitu, Kundalini Reiki dan Reiki-Reiki yang lain juga mempunyai pro dan kontranya dengan hujah-hujah yang dikemukan. InsyaAllah penulis akan kongsi sedikit masa lagi.

(Akan bersambung seterusnya, artikel ini juga akan diedit mengikut perkembangan maklumat semasa penulis)

0 ulasan:

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP