16 April 2009

Sami Bersolat

Apakah ini satu petanda bagi manusia? atau berlaku kekeliruan dalam kepercayaan?? saya percaya ianya mempunyai pelbagai tanggapan kepada setiap orang yang melihat.

Bagi kelihatan saya ia sesutu yang baru, tetapi bagi pendengaran pula ia bukan sesuatu yang nadir.

Masa sekolah dulu, saya ada sahabat yang berketurunan Malaysia, tetapi ayahnya telah berhijrah ke Kemboja untuk menyebarkan Islam dan berkahwin dengan gadis Kemboja. Beliau dilahirkan di Kemboja serta kerakyatan Kemboja. Pernah ditahan di kem pelarian untuk beberapa tahun dan terpaksa menangguhkan pengajian di Sek. Men. Agama (Arab) Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu.

Antara ceritanya, semasa kanak-kanak beliau sering bermain-main bersama anak-anak Kemboja dan membesar bersama mereka. Tempat bermain yang selalu menjadi pilihan ialah kuil Budha. Semasa seronok bermain belaiu dan rakan-rakannya memanjat, menyelongkar kawasan kuil tersebut, dan jumpalah al Qur'an yang tergantung di bahagian atas kuil.

Hari-hari berikutnya, beliau mengintai-intai perbuatan sami. Rupanya lepas upacara Budha sami tu sembahyang macam orang Islam sembahyang.

Kalau direnung gambar tersebut, mungkin inilah kemuncak perubahan yang sedang berlaku dalam senario kepercayaan. Sami terang-terangan melakukan apa yang mereka percaya dan yakin. Mungkin keyakinan mereka masih bercampur baur dengan ikatan yang sedia ada.

Mudah-mudahan ianya menjadi sesuatu yang positif untuk umat manusia seluruhnya.

0 ulasan:

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP