24 April 2009

Windows 7 RC Bakal Di Lepaskan Pada 5 Mei

Selepas tarikh keluaran Windows 7 RC menjadi teka-teki, kini beberapa laporanSatu halaman khas telah disediakan pada laman portal rakan Microsoft, yang mana mengatakan mereka sudah boleh memuat-turun Windows 7 RC. memperlihatkan Windows 7 RC bakal dilepaskan secara rasmi pada 5 Mei 2009.

Windows 7 RC
Halaman Windows 7 RC [via]

Walaubagaimanapun, pautan tersebut masih membawa kepada laman muat-turun Windows 7 Beta sahaja, dan ianya masih belum dikemaskini lagi. Sama seperti versi Beta, Microsoft juga bercadang untuk membolehkan kesemua pengguna diseluruh dunia untuk memuat-turun Windows 7 RC pada suatu tarikh yang bakal diumumkan kelak. Pada 5 Mei 2009, para pembangun dan rakan niaga Microsoft bakal boleh mencuba Windows 7 RC terlebih dahulu sebelum ianya dilepaskan pada para pengguna.

Microsoft juga sebelum ini telah meminta para pengguna untuk memasang semula Windows 7 RC sebagai pemasangan baru, dan tidak mengemaskininya, walaupun terdapat beberapa cara untuk mengemaskini pemasangan Windows 7 Beta.

Bagi yang masih belum mencuba Windows 7, anda tidak perlu untuk memuat-turunnya melalui laman torrent, kerana tidak lama lagi, Microsoft bakal membolehkan para pengguna memuat-turun secara percuma melalui laman mereka, sama seperti yang mereka lakukan ketika versi Beta dahulu. Fungsi baru Windows 7 RC juga telah didedahkan Microsoft sebelum ini, ketika Windows 7 RC masih lagi dalam peringkat pembangunan.


Sumber : http://amanz.my/2009/04/windows-7-rc-bakal-di-lepaskan-pada-5-mei/

0 ulasan:

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP