Mu'jizat Rasulullah S.A.W di Yaman
Rasulullah yang tidak pernah sampai ke Yaman mengarahkan sahabatnya membina Masjid di Kota Sana'a, ibu negara Yaman yang terletak Babul Yaman sehingga kini kita boleh menyaksikan keunikan kota ini. Masjid ini dinamakan Masjid Jami' Kabir.
Dan sinilah jugalah terletaknya tapak pemerintahan Abrahah yang melancarkan serangan ke atas Mekkah dan dihancurkan oleh Allah S.W.T. sebagaimana yang diterangkan di dalam surah alFiil. Suasananya masih lagi kekal seperti dulu, mengimbau kenangan yang pernah kita baca atau dengar berkenaan kehidupan dahulu-kala. Babul Yaman wujud sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W. lagi. Ianya pernah terpahat dalam sejarah perang Khandaq yang mana ketika Rasulullah S.A.W memukul batu untuk menggali parit sekitar Madinah untuk dijadikan pertahanan daripada pihak musuh musyrikin, pukulan pertama dan kedua yang mengeluarkan percikan api, Rasulullah S.A.W menyatakan Rom dan Parsi akan dibuka, dan percikan api pada pukulan ketiga Rasulullah S.A.W menyebut Kota Babul Yaman akan dibuka oleh orang Islam.
Inilah tiga kota yang penting sepanjang zaman, kerana ianya menyimpan selaut sejarah ketamadunan manusia hari ini juga sumber kekuatan dan kebudayaan yang bercambah ke seantero dunia pada hari ini.
Kajian ini diambil anisiatif oleh Syeikh Abdul Majid Zandani yang merupakan Pengerusi I'jaz Ilmi dan pengasas Universiti al-Iman di Sana'a. Beliau juga banyak membuat kajian-kajian Qur'an, Hadis dan kisah-kisah lampau berkenaan bumi ini.
Pemandangan kawasan tanah tinggi Sana'a dan sekitarnya yang subur dan mempunyai pemandangan yang menarik
Pemandangan Bumi Hadramaut yang di bentangi tanah yang kering gersang. Bangunan yang tersergam tinggi korang tengok tu tidak mempunyai cerucuk besi, bahan konkrit, atau apa-apa yang kita biasa lihat bangunan kat tempat kita. Mereka bina bangunan tu hanya dengan susunan papan-papan tanah, ada yang berusia beratus-ratus tahun seperti di Syibam. Inilah keunikan ciptaan manusia dan keindahan alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan