23 Mac 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.



Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.



Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.




Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

13 Mac 2009

PERSOALAN PELABURAN ASN DAN ASB TERKINI.

Saya percaya ramai dikalangan umat Islam di Malaysia pernah dengar atau mereka terlibat dalam pelaburan ASN dan ASB ini.

Bukan niat saya untuk menambah kekeliruan umat Islam masakini lebih-lebih lagi untuk melaga-lagakan pendapat fatwa yang berkaitan. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi bersama pembaca blog ini dengan apa yang saya kutip dari beberapa laman web dan blog. Mudah-mudahan kita bertindak dengan apa yang kita yakini berdasarkan maklumat bukan sekadar ikut-ikutan. Kerana setiap tindak-tanduk kita akan dipertangungjawabkan oleh Allah S.W.T. serta memberi kesan kepada kita, keluarga dan keturunan.

Saya percaya umat Islam di Malaysia terbahagi kepada beberapa golongan mengenai hukum ASN dan ASB ini.

Pertama : Golongan umat Islam yang tidak mengambil kisah langsung tentang halal atau haram sumber yang diperolehinya.

Kedua : Golongan yang meringan-ringankan hukum. Mereka akan terus berpegang sebagai halal dengan mana-mana sumber yang mengatakan ianya halal.

Ketiga : Golongan yang mengambil berat tentang hukum dan sumber hukum. Mereka ini akan meneliti, mengkaji dan menilai dari semua sudut. Mereka inilah yang paling sesuai untuk membaca tulisan ini.

Kalau diamati, hanya beberapa buah bank sahaja di Malaysia yang menjalankan ASN dan ASB ini, antara bank yang tidak menjalankannya ialah Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB Islamic Bank, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank, Rajhi Bank dan lain-lain lagi.

Persoalannya, apakah ASN dan ASB ini berstatus halal??? Saya bukan mufti untuk menjawab persoalan ini, tetapi sahabat-sahabat boleh lihat apa pandangan Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui alamat www.sc.com.my

Cuba sahabat perhatikan, Suruhanjaya Sekuriti tidak mengiktiraf ASN dan ASB sebagai pelaburan yang berteraskan Syariat Islam.



Untuk lebih terperinci anda juga boleh layari zaharuddin

Tepuk dada, tanya selera Iman yang tersisa di dada sahabat-sahabat. Apakah ingin teruskan atau sebaliknya. Kerana dunia sekarang maklumat yang pantas dan meluas, tiada sebab untuk kita bertaqlid buta sedang kita berupaya untuk mencari maklumat, menilai dan bertindak berdasarkan maklumat yang sahih dan diyakini.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP