Tok Janggut
- Hj. Mat Hassan B. Panglima Munas.
- Tempat Lahir : Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
- Syahid : 24 Mei 1915 (berusia 65 tahun).
- Gelaran : Tok Janggut
- Cuba kita renung betul-betul muka jenazah as-Syahid Tok Janggut pada gambar di atas, tanya pada diri, apa yang aku rasa bila melihat wajah tersebut???!!!
- Kini kita sudah faham perjuangan beliau, bukan semata-mata kerana isu cukai, tetapi atas isu yang lebih besar iaitu kedaulatan Islam yang mempunyai hubungkait dengan pemerintahan kerajaan Islam Turki pada masa itu, ini boleh di rujuk pada catatan sejarah yang ditulis orang-orang arab seperti dalam buku sejarah karangan Mahmud Syakir dan lain-lainnya.
- Kalau kita amat-amati kronologi, susur galur sejarah beliau. Pasti kita faham apa yang berlaku pada hari ini. Kerana sejarah ini sentiasa berulang. Akan kita kenal siapa yang mengulangi watak sejarah "Tok Janggut" dan siapa yang menyerupai watak pihak British.
- Percayalah!! perjuangan Tok Janggut bukan di atas dasar keduniaan semata, bahkan ianya bertunjangkan Akidah Islamiah dan Kedaulatan Islam. Dari itu, asas perjuangan ini patut kita menggelarkan beliau "ASSYAHID".
Tok Janggut
Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa kautuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
Ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
Kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
Dan kugenggam ideologi Rashid Redha
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Anak Kelantan kelahiran Pasir Putih
Kampung Saring mahupun Jeram
Adalah padang permainanku
Adalah gelanggang silat
Tempat aku memperlimaukan diri
Aku pulang dengan siap sedia asal mula
Sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tiran
Inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
Dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Putih
Ringkik angin topan, sedialah kau
Akan kuamuk kegetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam
Di perut tiram
Jauh pada dasar lautan!
0 ulasan:
Catat Ulasan