Bagi penduduk pantai timur, mereka memang senonim dengan jalan ini terutama bila musim perayaan atau musim cuti. Jalan ini merupakan jalan altenatif utama bagi destinasi Kuala Lipis dan Kelantan.
Jalan ini juga banyak meragut nyawa sepanjang tahun. Tetapi apa yang malangnya, laluan ini seolah-olah sepi dari pembangunan menaik taraf atau mambaik pulih. Kalau ada pun tidak sepenting fungsinya sebagai laluan altenatif utama dan lambat untuk menyudahkannya.
Memang benar kawasam ini tiada wakil tempatan yang menjadi menteri, tiada perindustrian yang membawa keuntungan dan kawasan ini juga (Kuala Lipis) BN tidak pernah kalah dalam setiap siri pilihanraya. Walaupun begitu, nyawa yang tercabut dilaluan ini terlalu ramai.
Jika hendak dibandingkan dengan kemalangan yang berlaku di kawasan utara, bila saja berlaku kemalangan menteri terus bagi kata putus untuk menambaikan jalan, tetapi kawasan ini sebaliknya. Amat malang pengguna laluan ini.
Berita di bawah adalah yang terbaru dikeluarkan oleh Utusan yang merakamkan kemalangan tetapi amat mengelirukan, apakah disebabkan terlalu banyak kemalangan hingga tidak sempat membuat semakan. Lokasi R&R adalah terletak di laluan Gua Musang-Kuala Krai sahaja, laluan Kuala Lipis-Gua Musang tiada R&R, kalau nak berehat pun kawasan rekreasi Sg. Yu sahaja. Kedua, Bukit Tujuh terletak di laluan Kuala Lipis Gua Musang tiada tempat yang dikenali Bukit Tujuh di laluan Gua Musang-Kuala Krai. Ianya untuk pengetahuan pemandu yang menggunakan laluan ini. Harap Maklum.
GUA MUSANG 18 Okt. — Tiga maut dan dua parah apabila dua kereta bertembung di Bukit Tujuh, KM21.2 dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.
Anda juga boleh merujuk kemalangan yang berlaku serta antara mereka-mereka yang penting menjadi korban yang terdapat dalam carian internet, manakala ramai lagi pengguna jalan ini penting buat negara yang terkorban tidak dapat dipastikan.