18 November 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November


KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

17 November 2009

Tidak hadir bertugas, kesalahan tatatertib tertinggi

KUALA LUMPUR 17 Nov. — Ketidakhadiran bertugas masih merupakan kes kesalahan tatatertib tertinggi di kalangan kakitangan awam, terutama membabitkan kumpulan sokongan untuk tempoh Julai hingga September tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, daripada 314 pegawai yang dikenakan tindakan atas kesalahan itu, seramai 294 terdiri daripada kumpulan sokongan berbanding 20 daripada kumpulan pengurusan dan profesional.

Sementara daripada seramai 159 pegawai yang dikenakan pelanggaran tatakelakuan, 143 terdiri daripada kumpulan sokongan dan selebihnya termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pengurusan dan profesional, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 46 anggota kumpulan sokongan didapati terlibat dengan kes mahkamah, 16 terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952, empat diambil tindakan kerana keterhutangan kewangan yang serius, dua kerana pekerjaan luar, satu kerana gangguan seksual, dan selebihnya kerana sebab-sebab lain.”

Ismail berkata, walaupun bilangan pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib, menurun sebanyak 21 peratus iaitu kurang sebanyak 119 orang daripada 685 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, jumlah anggota kumpulan sokongan tetap merupakan kumpulan tertinggi iaitu 91.3 peratus daripada 566 anggota perkhidmatan awam yang dikenakan tindakan tatatertib untuk suku ketiga tahun ini. - Bernama

06 November 2009

Krisis Pandangan Selawat Syifa'

Posting video dibawah tiada kena mengena dengan kes hangat yang berkaitan masa kini tetapi untuk tatapan pengunjung blog ini.

Saya percaya, mereka yang menyaksikannya mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing berlandaskan hujjah ilmiah. Bagi mereka yang kurang jelas dalam hal ini bolehlah merujuk kepada yang arif dalam bidang berkenaan bahasa arab dan bidang syariah.







Apa yang penting, pendapat pro dan kontra berkenaan selawat syifa' jangan sampai mengeruhkan hubungan sesama muslim yang lebih utama dijaga.

 (bagi pembaca groups mungkin tidak dapat menyaksiakan video tersebut; sila ke mypustaka.blogspot.com)

03 November 2009

Kapsul ubat: Gelatin Babi Dicop Halal

BERNAMA


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.
 
               Kes ni lebih parah dari 50% halal dari indon sebab dah kena tipu       

02 November 2009

Malaysia Pesan 10,000 TKI dari Lombok

Malaysia Pesan 10.000 TKI dari Lombok
Sekelompok Tenaga Kerja Indonesia (TKI) (ANTARA/Feri)

Mataram (ANTARA News) - Malaysia tahun 2009 memesan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) melalui PT. Jasa Tama Widya Perkasa, Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB) sebanyak 10,000 orang.

Komisaris Utama PT. Jasa Tama H.MSN Kasdiono kepada wartawan di Mataram, Minggu mengatakan, dari jumlah tersebut realisasinya baru sekitar 30 peratus.

Dikatakan, pihaknya tidak mahu monopoli dalam menghantar calon TKI terutama ke Malasyia, sehingga peratusan tersebut dibagi kepada sejumlah PJTKI yang ada di daerah ini.

Ia mengaku, para calon TKI yang berangkat ke laur negeri sebagian besar tamat Sekolah Dasar (SD) sebahagiannya tidak tamat, sehingga mereka kebanyakan bekerja di perkebunan kelapa sawit.

Walaupun demikian calon TKI tetap di akses, sebab jika tidak maka akan menambah jumlah pengangguran di daerah ini.

Dalam penghantaran calon TKI mereka rata-rata membiaya diri sendiri dengan meminjam wang daripada tetangga maupun keluarga dengan bunga yang sangat tinggi.

"Sebelumnya sejumlah calon TKI mendapat dana talang dari pemerintah yang dianggarkan melalui APBD, namun sejak beberapa tahun terakhir ini dana talang tersebut ditiadakan," katanya.

Sebelumnya Gubernur NTB, KH. M. Zainul Majdi mengatakan, mulai tahun 2009 tidak ada lagi dana yang disediakan melalui APBD untuk biaya pemberangkatan calon TKI asal daerah ini.

"Sebab yang membiayai calon TKI kini sudah banyak termasuk dari pihak perbankan," katanya.

Tahun-tahun sebelumnya memang dari APBD NTB disediakan dana sekitar Rp15 miliar untuk membantu calon TKI mencari nafkah ke luar negeri berbentuk pinjaman tanpa bunga.

Hal ini dilakukan pemerintah untuk mengurangi para rentenir, karena jika calon TKI meminjam wang di rentenir maka bunganya 100 persen, yakni jika mereka meminjam Rp2 juta yang harus dikembalikan Rp4 juta.

"Dengan demikian calon TKI yang berangkat ke luar negeri rata-rata membawa hutang dan separuh gajinya dikirim untuk membayar hutang di rentenir," katanya.

Di NTB cukup banyak PJTKI baik di Pulau Lombok maupun Sumbawa, namun masih ada calon TKI yang berangkat melalui calo (secara haram), sehingga jika tertangkap mereka ditahan pihak berkuasa tempatan.

"Sementara jumlah calon TKI NTB yang bekerja ke luar negeri setiap tahun rata-rata 35,000 orang hingga 40,000 orang dan mereka rata-rata berhasil," jelasnya.

01 November 2009

Kandungan 50% Halal


Renung gambar di atas, banyak pertanyaan yang muncul. Mungkin ianya biasa bagi masyarakat negara jiran tapi bagi saya cukup pelik.

Dalam banyak-banyak yang pelik saya nak kongsi bahan tersebut 50% halal, ni guna kaedah mana? kalau dah bercampur yang haram maka haramlah kesemuanya.

Mungkin yang halal kandungan ayam tu, dan yang haram tu b*b* jer.... ada sesiapa yang nak cuba yang halal 50% tu ker?!! atau nak try tang "pas susunya" hehhe memang la nikmat.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP