Mungkin kerana laluan Kuala Lipis - Merapoh adalah dalam kategori laluan dalam hutan, tiada bandar besar antara keduanya menyebabkan liputan tidak sebaik dan semeriah kawasan laluan utara.
Bukan liputan yang menjadi persoalan, tetapi tren pembangunan, pembaikan dan naik taraf sesuatu bergantung kepada liputan umum. Kira ianya mendapat tempat dalam arus pedana nescaya ada saja yang nampak untuk mengambil berat serta-merta. Itulah malang laluan ini sejak sekian lama meragut nyawa tapi sepi dalam liputan.
Bila baca berita Empat Sekeluarga Mati Ketika Pulang Bercuti teringat setiap kemalangan yang sempat disaksikan sendiri yang terlalu tragis. Hingga kemalangan yang puluhan penduduk menyaksikan pemandu dan penumpang terbakar hidup-hidup, penumpang bas express dan pelbagai lagi.
Mungkin saya ditakdirkan menggunakan laluan maut ini untuk raya cina tahun ni, tapi cukup memahami bila baca berita-berita begini, saya memahami bila terpaksa menggunakan laluan yang sangat bahaya, sempit serta mutu jalan yang terlalu rendah.