Jalanraya Maut Tiada Alternatif - Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang
Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengumumkan beberapa jalan alternatif sempena Tahun Baru Cina untuk ke Pantai Timur bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan yang selalu berlaku hingga meragut berpuluh-puluh nyawa setiap musin perayaan atau musim cuti panjang.
Walaupun begitu, usaha mengumumkan alternatif pengguna laluan ke Pantai Timur tidak langsung melibatkan kawasan yang amat bahaya iaitu laluan Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang. Pengguna tetap terdedah dengan bahaya maut sekiranya tidak berhati-hati sepanjang laluan tersebut.
Setakat ini jalan alternatif hanya tedapat di laluan Bentong - Kuala Lipis melalui Kampung Chinta Manis, Felda Mempaga Jaya dan Felda Klau.
Manakala laluan alternatif kedua Kuala Krai - Kota Bahru juga tidak banyak membantu untuk mengurangkan kemalangan atau kemalangan maut.
Laluan Gua Musang - Kuala Krai juga tidak diberikan laluan alternatif melainkan pengguna jalanraya terpaksa menggunakan jalan yang sesak dan merbahaya.
Sepanjang laluan yang mempunyai alternatif (di atas) adalah jalanraya yang dikategorikan sebagai selesa pengguna dalam konteks Malaysia, walaupun tidak ada satu pun jalanraya kita yang bertaraf 5 bintang atau 4 bintang mengikut piawaian antarabangsa.
Manakala laluan yang tidak diberikan alternatif seperti Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang dan Gua Musang - Kuala Krai adalah laluan yang sering berlaku kemalangan maut yang sepatutnya diberi keutamaan untuk mengurangkan statistik kemalangan maut.
0 ulasan:
Catat Ulasan