14 Mac 2011

Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagiamana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.

Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.


Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitutemporal lobe dan cigulate gyrus.




Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran

Sekarang adalah masanya untuk saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman. Insya Allah(^_^)

Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

01 Mac 2011

Komputer Lembab dan Panas Giler

by razi

Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah komputer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-

* Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.

* Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.

* Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.

* Masalah dalam konfigurasi BIOS.

* Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.

* Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.

* Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.

Panas Giler

Ini perlu melihat keadaan CPU itu sendiri. Bagaimana pun terdapat beberapa sebab yang boleh kita nyatakan di sini iaitu:-

* Kipas CPU yang berfungsi tidak sempurna.

* Keadaan heat sink yang tidak baik.

* Sistem pengudaraan dalam casing yang tidak baik.

* Melakukan teknik overclocking (memaksimumkan kelajuan CPU) terhadap CPU sedia ada.

* CPU tersebut bermasalah atau rosak

Jadi, lakukan diagnosis secara satu demi satu pada komponen-komponen yang dinyatakan bagi mengenal pasti masalahnya.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP