Komputer Lembab dan Panas Giler
by razi
Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah komputer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-
* Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.
* Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.
* Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.
* Masalah dalam konfigurasi BIOS.
* Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.
* Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.
* Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.
Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.
Panas Giler
Ini perlu melihat keadaan CPU itu sendiri. Bagaimana pun terdapat beberapa sebab yang boleh kita nyatakan di sini iaitu:-
* Kipas CPU yang berfungsi tidak sempurna.
* Keadaan heat sink yang tidak baik.
* Sistem pengudaraan dalam casing yang tidak baik.
* Melakukan teknik overclocking (memaksimumkan kelajuan CPU) terhadap CPU sedia ada.
* CPU tersebut bermasalah atau rosak
Jadi, lakukan diagnosis secara satu demi satu pada komponen-komponen yang dinyatakan bagi mengenal pasti masalahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan