16 Mei 2009

Doa Jauhkan Mara Bahaya Dan Penyakit

Doa ini patut dibaca olehh kita semua untuk menjauhkan diri, keluarga dan semua muslim dari sebarang bahaya yang menanti kita tanpa diduga.

Hari ini kita dibayangi dengan pelbagai penyakit berjangkit yang cukup membimbangkan kita, walaupun begitu setiap penyakit ada ubatnya, itulah pesanan Rasulullah S.A.W. kepada umatnya, selain ubat, juga kita dibekalkan vaksin oleh baginda dengan doa dibawah ini. Ajarkan kepada ahli keluarga, sanak saudara kita dan umat Islam Umumnya.

Kiranya semua mengambil vaksin ini, insyaAllah kita yakin dengan ketentuan Ilahi, serta selamatlah kita orang muslim dari sebarang wabak sekali gus membenarkan agama ini adalah agama yang benar. Doa dibawah ini telah diberi jaminan oleh Baginda kita tidak akan dijamah sebarang mudharat dan bahaya dengan izin Allah.

Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-

من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ " لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
"double a bermakna bacaan dipanjangkan 2 harakat"
"anda digalakkan merujuk bacaan kepada orang yang arif untuk mengelak kesalahan"

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat"
( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال " بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ " ثَلاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hadith Hasan)

"Sebaik-baik gerenti adalah gerenti dari Allah dan Rasulnya"

Patut Di Panggil Berukband Bukan Broadband

Cerita ni khusus pengalaman aku sendiri, cerita orang lain mungkin berbeza. Aku yakin lebih ramai yang tidak setuju dengan rungutan aku ni.

Alkisahnya berbunyi begini, PDA aku telah hilang kena kebas housekeeping A' Farmosa Resort, punya la baran aku, ngan bilik mahal beratus-ratus pun tak ada keseriusan dalam amanah pekerja-pekerja. Bukan aku nak cerita pasal PDA aku hilang, aku nak cerita pasal berukband.

PDA yang kena kebas tu aku pakai DiGi Broadband, ada kalanya aku sambung ke laptop aku, ada masa aku layar internet ngan PDA jer terutama kat luar rumah. Kelajuan yang ditawarkan 224 kbps dengan bayaran RM66/bulan. Walaupun sedikit lembab takper la sebab murah berbanding Celcom dan Maxis, itu pendapat aku masa tu, tambahan pula nak pujuk hati la konon.

Bila hilang PDA tu, aku jadi cam tak siuman sebab dah 5 hari tak dapat layar tenet. Biasa la kalau dah jadi hobi, cam orang suka main bola, satu hari tak main pun dah tak keruan, lemau, tak sedap badan, cam tu la aku.

So, aku beli la Modem broadband baru dengan harga RM299 dan dapat 2 bulan free kata dia. Tawaran yang diberi RM68/bulan tu tak termasuk cukai, dengan kelajuan sama Maxis 384 kbps.

Punya suka aku bila dapat line baru ni, cam nak cakap satu dunia aku dah ada broadband baru. semangat berkobar-kobar tak sabar nak layar tenet. Balik rumah jer apa lagi aku terus pasang. Korang nak tahu? ceh! macam gampang! aku ingat lebih baik dari DiGi rupanya lagi teruk, nak buka akhbar kena tunggu sampai 20 minit tu pun kalau berjaya buka kalau tak kosong jer. Kalau takat buka akhbar Malaysiakini kena tunggu dalam 3-5 minit tu pun tak dapat loading penuh tapi boleh baca berita utama jer. Nak buka website yang berat-sarat ngan pelbagai aplikasi flash ker apa ker jangan mimpi la kawan.

Ingat lepas 2 bulan ni aku kena tukar ke DiGi lak, murah dan lebih baik dari Celcom. Aku memang sangat-sangat kecewa. Umpama "mengetuk tin kosong" bunyi jer yang lebih tapi takder apa pun, ikutkan iklan bukan main, cam nak rak kata bagus.

Satu lagi perangai semua pembekal berukband ni, walau berapa laju dia tawarkan kepada kita, yang sebenarnya kita tidak akan dapat maksimum. Apa yang kita dapat dan rasa ialah seolah-olah ditipu dan diperdaya, tapi apa kan daya walaupun beruk ni dah menggigit kita, terpaksa gak guna sebab ianya bukan lagi sebagai bahan mewah tapi sebagai keperluan dah zaman ini.

14 Mei 2009

Istilah 'keling' dibenar diguna dalam kamus DBP

May 14, 09 7:21pm malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ianya adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini, lapor Bernama.

Menurut peguam DBP Md Radzi Mustafa, hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan 'mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Saman Pemula

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus tersebut.

Pada 28 Februari 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.

Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

APIM diwakili oleh peguam Priyadarshini Nair.

Apa la masalah ngan KELING ni, kepala hotak dok pikir benda nagetif, nagertif la jadinya, KELING ok apa! benua keling, tanjung keling, pengkalan keling, keling mabuk air sejuk, banyak istilah, nama keling ni patut kita bangga dengan penggunaannya yang memperbanyakkan perbendaharaan kata bahasa melayu, kalau tak mana lagi bahasa melayu, lain lain semua bahasa orang yang diubah suai ke bahasa kita.

Kat tempat kerja aku ada 3,4 orang keling tapi semua telah dikelingkan oleh keling-keling dah jadi 10 kali keling.

perkataan "keling" di sini tidak merujuk kepada mana-mana kaum, individu, bangsa dll. jadi tak jadi masalah la... jangan ada yang terasa lak.
Imbang Penuh

12 Mei 2009

OpenOffice.org 3.1 Di Lepaskan

Versi terkini perisian aplikasi pejabat sumber terbuka, OpenOffice.org 3.1 telah pun dilepaskan dan sedia untuk dimuat-turun. Seperti mana diketahui ramai, selain daripada perisian Microsoft Office, OpenOffice.org merupakan aplikasi pejabat yang diguna pakai oleh ramai pengguna.

Kini, OpenOffice mengguna pakai teknologi anti-aliasing untuk menambah-baik bagaimana sesuatu gambar atau imej diperlihatkan pada skrin monitor anda. Melalui versi 3.1 ini, anda boleh perasan yang mana gambar dan imej, terutama carta, kelihatan lebih jelas dan kemas.

OpenOffice.org 3.1 juga mempermudahkan anda drag dan drop, yang mana kini, sekiranya anda memilih untuk drag (klik dan tarik sesuatu imej), imej tersebut akan dipudarkan dan tidak lagi hanya memperlihatkan imej dalam bentuk outline sahaja. Dengan ini, ianya lebih mudah untuk anda meletakkan sesuatu imej di lokasi kegemaran anda pada dokumen yang sedang ditulis atau di edit.

Contoh Overlining Pada OpenOffice.org 3.1 [via]

OpenOffice.org 3.1

Fungsi baru yang lain termasuk juga fungsi file-locking yang ditambah baik, selain fungsi overlining (garis diatas / kontra bagi underlining).


Selain daripada itu, setiap aplikasi pada OpenOffice.org menerima perubahan dan penambahbaikkan mereka tersendiri. Anda boleh membaca senarai penuh perubahan pada OpenOffice.org 3.1 sambil memuat-turun aplikasi pejabat mereka yang terbaru ini.




Sumber : linuxmalaya

Lagi Sambungan Sami Bersolat

Ini adalah sambungan koleksi gambar yang dapat kita lihat sambungan dari posting sami bersolat untuk tatapan bersama. Malas nak ulas panjang nanti ada yang tak kena, korang tengok lah sendiri dan nilai sendiri.

Prism Membawakan Aplikasi Web Ke Desktop

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan Mozilla Prism, yang mana dimulakan lebih kurang satu setengah tahun yang lalu. Melalui Prism, anda boleh menjadikan aplikasi web berada di desktop seperti aplikasi desktop yang lain. Kini, Mozilla Prism sudah pun menjejaki versi 1.0.

Mozilla Prism
Mozilla Prism Dan Compiz Pada Ubuntu [via]

Mozilla Prism 1.0 membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan ikon di tray dan sokongan notifikasi. Versi terkini ini juga membolehkan anda membuat tetapan berdasarkan aplikasi pilihan, seperti tetapan proxy dan juga bentuk dan saiz tulisan.

Menariknya, anda juga boleh menetapkan supaya aplikasi web anda dijalankan serta-merta apabila komputer anda dimulakan. Sebagai contoh, mungkin anda ingin melihat terus akaun GMail atau Facebook anda sebaik sahaja komputer anda dimulakan, dan perkara ini boleh dijadikan kenyataan dengan Mozilla Prism.

Untuk dapat menggunakan Mozilla Prism, dan meletakkan aplikasi web kegemaran anda di desktop, anda perlukan addon Firefox ataupun aplikasi Prism, yang mana anda boleh memuat-turun kedua-duanya dengan mudah dari web khas Mozilla Prism.


Petikan dari : amanz

01 Mei 2009

Microsoft Menamatkan Fungsi Autorun

Wow! tak sabar rasanya nak tunggu bila dapat aku beli CD p*** window 7 ni, jangan pula jadi macam vista gempak jer lebih tapi hampeh tul banyak program lama aku tak leh nak runing. harap window 7 ni memberi perform yang baik.

Nampaknya proses pembaik pulih window telah dijalankan untuk terus bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain seperti linux dan sebagainya. Kali ini window mengambil kira keselamatan yang boleh dikira agak tinggi dalam menangani virus yang membawa masalah kepada pengguna.

Salah satu punca utama dalam penyebaran virus pada sistem operasi Windows adalah disebabkan oleh fungsi autorun yang boleh menjalankan fail Autorun.inf dengan mudah, sekaligus menjalankan sekali fail-fail berbahaya yang lain. Bermula Windows 7 RC, sistem operasi Windows tidak lagi akan memperlihatkan fungsi autorun apabila media mudah alih disambungkan.

Dengan fungsi autorun yang dibuang, kini anda boleh lebih yakin apabila membuka sebarang media mudah alih. Sebagai contoh, sekiranya anda menghubungkan media mudah alih pada komputer anda, anda hanya akan diperlihatkan dengan aplikasi-aplikasi sedia terpasang pada komputer anda yang boleh digunakan untuk memainkan dan menjalankan kandungan media mudah alih tersebut.

Dengan fungsi autorun yang dibuang ini, Microsoft berharap masalah malware dan sebagainya yang sering dihadapi oleh para pengguna Windows dapat ditanggani.

Sumber : amanz

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP