Minyak Ni Siapa pulak Nak Makan
Hari tu kita dengar pekerja asing tertimbus beras dan mati di tempat kejadian, sapa nak makan beras tu. Tapi ok gak sebab beras benda kering mungkin orang takut madi jer hehehe
Kali ni kilang proses kelapa sawit pula, siapa agak-agak dapat minyak bertuah ni untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Tak tahu la kot kilang nak tanggung kerugian bila dia buang hasil tersebut, orang berniaga mana nak rugi o0o0o0 heheh
Kerani maut tertimbus biji sawit panas
GUA MUSANG 16 Sept. — Seorang kerani maut selepas dipercayai lemas tertimbus biji sawit panas apabila terjatuh dalam tong pengasingan biji sawit selepas diproses di kilang Sawit Chin Teck Plantation dekat sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Chu Tiang Hoo, 43, terjatuh dalam tong pengasingan itu sedalam tujuh meter yang dipenuhi biji sawit ketika melakukan pemeriksaan seorang diri di kilang tersebut.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui beberapa pekerja di kilang berkenaan ketika sebuah lori datang untuk mengisi biji sawit berkenaan dan ternampak kaki Chu keluar di bahagian lubang bawah tong itu.
“Pekerja itu yang terkejut melihat kaki mangsa terus melaporkan kepada pengurusan kilang dan mereka sangka mangsa masih hidup dengan memanggil sepasukan perubatan dari Hospital Gua Musang (HGM) untuk memberi rawatan.
“Bagaimanapun, pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dipercayai lemas kerana tertimbus dengan biji sawit panas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan