20 Ogos lihat anak bulan Ramadan
Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 20 Ogos ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
0 ulasan:
Catat Ulasan