Tangguh Sebat Kartika Ibarat Menambah Hukuman
Kartika Sari Dewi Shukarno merupakan seorang model sambilan yang telah mengaku minum arak telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Kes ini mendapat liputan media yang meluas kerana ianya merpakan kes sebat yang pertama akan dijalankan.
Namun begitu, hukuman sebatan ini telah ditangguhkan atas alasan "menghormati bulan ramadhan" .
Apakah dengan hukuman ini berjalan akan mencemarkan kemuliaan Ramadhan?
Adakah hukuman sebat kepada pesalah yang memimun minuman keras umpama perkara sia-sia?
Atau hakim masih ragu-ragu dengan keputusan yang telah dibuat? atau untuk mengumpul buplisiti? atau ada tangan-tangan lain yang mencapuri urusan ini?
Persoalan di atas bermain dalam benak kita, ianya hanya persoalan yang tidak berjawab, kerana jawapan ada dalam diri setiap kita.
Kalau kita kata : kita tangguhkan pesta itu dan ini atau jim heboh untuk hormati kemuliaan Ramadhan saya cukup setuju dan anda semua mungkin sependapat dengan saya.
Kartika sekarang telah redha dengan hukuman yang bakal dijalaninya, termasuk keluarganya menerima baik apa yang telah diputuskan oleh mahkamah. Tetapi Kartika sekarang seolah-olah telah menerima dua hukuman, pertama hukuman fizikal dan mental (fizikal = sebat, mental = malu), kedua hukuman masa.
Walaupun nampak mudah, masa merupakan amat penting. Seolah-olah masa Kartika tidak langsung berharga, Kartika juga perlu memperuntukkan masanya untuk perkara lain, sekiranya hukuman ini belum dilaksanakan bermakna Kartika dibelenggu dengan kengkangan kebebasan masa.
Kartika juga seolah-olah di"bola"kan, apa tidaknya, sekejap kata jadi sekejap kata tak jadi. Sekejap ambil, sekejap dipulangkan, macam perkara main-main, tidak serius langsung nampaknya.
Satu lagi impak yang agak besar untuk diambil kira, inilah dikatakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kerana keputusan ini, mungkin persepsi awam terhadap badan kehakiman syariah bertambah buruk. Umum tahu, bila sebut mahkamah syariah dah terbayang dengan leceh, remeh temeh, lambat, tidak kosisten dsb. yang mencalar imej badan yang menguruskan perundangan Islam. Impaknya juga sangat besar kepada Islam dan ummahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan