16 Jun 2009

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain Dgn Negeri Johor,1914

BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/14/09


Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 hari bulan Disember 1885, yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia FREDERICK ARTHUR STANLEY, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaldah dimansuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya:

Maka, dengan ini dipersetujui oleh dan antara Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young, K.C.M.G., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR bahawa Perkara di atas dimansuhkan dan Perkara berikut menggantikannya:

Perkara III
Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima, dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk, seorang Pegawai British yang dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Me1ayu.

Pembiayaan untuk Ketua Penasihat dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan ditanggung daripada Hasil Negeri Johor.

Pemungutan dan pengawalan segala hasil negeri hendaklah dikawal selia di bawah nasihat Ketua Penasihat itu.

Pada menyaksikannya, SIR ARTHUR HENDERSON YOUNG dan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR telah menandatangani Perjanjian ini pada dua belas hari bulan Mei satu ribu sembilan ratus empat belas. Tandatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri dan Wilayah Johor.

(Tandatangan)
IBRAHIM

Disaksikan oleh:
OMAR BIN AHMAD
AHMAD BIN MUHAMMAD KHALID
JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
MUHAMMAD BIN MAHBUB

Tandatangan Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young

Tandatangan
ARTHUR YOUNG

Disaksikan oleh
R. J. WILKINSON

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 136

0 ulasan:

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP