16 Jun 2009

Persetiaan Persekutuan, 1895

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/8/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur: ITNMB

PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang berikut, iaitu: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.

3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar.

4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British, bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat. Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.

5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka, atas permintaan Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.

Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato' Haji Ahmad, Dato' Bandar Sungai Ujong
Dato' Ata, Data' Undang Jahal
Dato' SyedAli bin Syed Zain, Dato' Undang Jelebu
Dato' Serun bin Sidin, Dato' Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.126. Lihat juga Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib Warisan Negara 1892: 44.

0 ulasan:

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP