Memaparkan catatan dengan label Broadband. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Broadband. Papar semua catatan

18 April 2011

Cara Lajukan Broadband Sudah Sampai Limit

(Copy n Paste 100% tanpa edit daripada Budak botak yang dapat membantu bila berukband dah sampai tahap terutama yang ambil pakej murah tapi nak guna banyak .... makasih budak botak, korang leh cuba....)

Salam...

Korang mcm Bdk Botak x? Gna broadband smpai tgh bulan pn dh abis limt. Sb broadband nie adik2 pon gna sama men game kt Facebook tue, jadi cpt la abis bandwidth tue. Msj mcm kt bwh ni tiap2 bulan Bdk Botak dapat. He3, korang kalo dapt msj cmni msti rasa x best kan? Bdk Botak xkisah pon dpt cmni sb maknanya duit broadband Bdk Botak bayar dh digunakan smpai abis.Maknanya lepas 5GB tu free la, ha3...


 Tgk la penggunaan Bdk Botak bulan nie. Yg dalam petak merah tue. Dh 6 GB lebih...

Cmna nk buat Celcom x leh kawal speed kita? Ok cmni caranya...

1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...


Kalo Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search tue...

2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...


3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...


4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...


5) Biarkan bnda ni jalan selama mna korang online. Kalo dh xnk tekan pangkah tu ja.

Proses nie akan buat korang akan sntiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lbih cepat loading...

Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband tapi Bdk Botak gna Windows XP, jadi utk yg gna lain tu mgkin ada beza sikit...

P/s: Apa2 soalan bleh tanya kt bwh nie. Jadi x korang buat?
           perkataan "ipconfig/all" tu korang bleh ganti dgn "ipconfig" saja kalo dh biasa.

          Jgn copy sesuka hati, kecuali link kan ke asal nie... Baca sorang2 ja? Kongsilah dgn kawan2, he3...

Sumber: http://www.budakbotak.com/2010/11/cara-nk-lajukan-broadband-bg-yg-dh-abis.html#ixzz1JqmE14eg

16 Mei 2009

Patut Di Panggil Berukband Bukan Broadband

Cerita ni khusus pengalaman aku sendiri, cerita orang lain mungkin berbeza. Aku yakin lebih ramai yang tidak setuju dengan rungutan aku ni.

Alkisahnya berbunyi begini, PDA aku telah hilang kena kebas housekeeping A' Farmosa Resort, punya la baran aku, ngan bilik mahal beratus-ratus pun tak ada keseriusan dalam amanah pekerja-pekerja. Bukan aku nak cerita pasal PDA aku hilang, aku nak cerita pasal berukband.

PDA yang kena kebas tu aku pakai DiGi Broadband, ada kalanya aku sambung ke laptop aku, ada masa aku layar internet ngan PDA jer terutama kat luar rumah. Kelajuan yang ditawarkan 224 kbps dengan bayaran RM66/bulan. Walaupun sedikit lembab takper la sebab murah berbanding Celcom dan Maxis, itu pendapat aku masa tu, tambahan pula nak pujuk hati la konon.

Bila hilang PDA tu, aku jadi cam tak siuman sebab dah 5 hari tak dapat layar tenet. Biasa la kalau dah jadi hobi, cam orang suka main bola, satu hari tak main pun dah tak keruan, lemau, tak sedap badan, cam tu la aku.

So, aku beli la Modem broadband baru dengan harga RM299 dan dapat 2 bulan free kata dia. Tawaran yang diberi RM68/bulan tu tak termasuk cukai, dengan kelajuan sama Maxis 384 kbps.

Punya suka aku bila dapat line baru ni, cam nak cakap satu dunia aku dah ada broadband baru. semangat berkobar-kobar tak sabar nak layar tenet. Balik rumah jer apa lagi aku terus pasang. Korang nak tahu? ceh! macam gampang! aku ingat lebih baik dari DiGi rupanya lagi teruk, nak buka akhbar kena tunggu sampai 20 minit tu pun kalau berjaya buka kalau tak kosong jer. Kalau takat buka akhbar Malaysiakini kena tunggu dalam 3-5 minit tu pun tak dapat loading penuh tapi boleh baca berita utama jer. Nak buka website yang berat-sarat ngan pelbagai aplikasi flash ker apa ker jangan mimpi la kawan.

Ingat lepas 2 bulan ni aku kena tukar ke DiGi lak, murah dan lebih baik dari Celcom. Aku memang sangat-sangat kecewa. Umpama "mengetuk tin kosong" bunyi jer yang lebih tapi takder apa pun, ikutkan iklan bukan main, cam nak rak kata bagus.

Satu lagi perangai semua pembekal berukband ni, walau berapa laju dia tawarkan kepada kita, yang sebenarnya kita tidak akan dapat maksimum. Apa yang kita dapat dan rasa ialah seolah-olah ditipu dan diperdaya, tapi apa kan daya walaupun beruk ni dah menggigit kita, terpaksa gak guna sebab ianya bukan lagi sebagai bahan mewah tapi sebagai keperluan dah zaman ini.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP