Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan

19 Oktober 2009

Jalan Kuala Lipis - Gua Musang Terlalu Bahaya


Bagi penduduk pantai timur, mereka memang senonim dengan jalan ini terutama bila musim perayaan atau musim cuti. Jalan ini merupakan jalan altenatif utama bagi destinasi Kuala Lipis dan Kelantan.

Jalan ini juga banyak meragut nyawa sepanjang tahun. Tetapi apa yang malangnya, laluan ini seolah-olah sepi dari pembangunan menaik taraf atau mambaik pulih. Kalau ada pun tidak sepenting fungsinya sebagai laluan altenatif utama dan lambat untuk menyudahkannya.

Memang benar kawasam ini tiada wakil tempatan yang menjadi menteri, tiada perindustrian yang membawa keuntungan dan kawasan ini juga (Kuala Lipis) BN tidak pernah kalah dalam setiap siri pilihanraya. Walaupun begitu, nyawa yang tercabut dilaluan ini terlalu ramai.

Jika hendak dibandingkan dengan kemalangan yang berlaku di kawasan utara, bila saja berlaku kemalangan menteri terus bagi kata putus untuk menambaikan jalan, tetapi kawasan ini sebaliknya. Amat malang pengguna laluan ini.

Berita di bawah adalah yang terbaru dikeluarkan oleh Utusan yang merakamkan kemalangan tetapi amat mengelirukan, apakah disebabkan terlalu banyak kemalangan hingga tidak sempat membuat semakan. Lokasi R&R adalah terletak di laluan Gua Musang-Kuala Krai sahaja, laluan Kuala Lipis-Gua Musang tiada R&R, kalau nak berehat pun kawasan rekreasi Sg. Yu sahaja. Kedua, Bukit Tujuh terletak di laluan Kuala Lipis Gua Musang tiada tempat yang dikenali Bukit Tujuh di laluan Gua Musang-Kuala Krai. Ianya untuk pengetahuan pemandu yang menggunakan laluan ini. Harap Maklum.

GUA MUSANG 18 Okt. — Tiga maut dan dua parah apabila dua kereta bertembung di Bukit Tujuh, KM21.2 dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Anda juga boleh merujuk kemalangan yang berlaku serta antara mereka-mereka yang penting menjadi korban yang terdapat dalam carian internet, manakala ramai lagi pengguna jalan ini penting buat negara yang terkorban tidak dapat dipastikan.


08 Oktober 2009

FOTO: Menunggu Bantuan



Seorang korban gempa meminta belas kasihan para pengguna jalan di Kecamatan V Koto, Kabupaten Padang Pariaman, Rabu (7/10).
/
Rabu, 7 Oktober 2009
KOMPAS — Wada, seorang pengungsi yang rumahnya hancur, meminta belas kasihan pengguna jalan di Kecamatan V Koto Timur, Kabupaten Padang Pariaman, Sumatera Barat, Rabu (7/10). Kerusakan bangunan yang parah membuat banyak stok bahan makanan hilang, dan warga sangat mengandalkan bantuan dari pihak luar.

07 Oktober 2009

FOTO GEMPA BUMI DI SUMATERA

by asubja.

 

QUAKE-INDONESIA
QUAKE-INDONESIA/
Hkg2809155
INDONESIA-EARTHQUAKE/

INDONESIA-EARTHQUAKE/
Indonesia Earthquake
INDONESIA/
Indonesia Earthquake

Waktu Gempa Sama Dengan Ayat Dan Surah Dalam Al-Quran

Sesungguhnya semua kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita lihat waktu terjadinya gempabumi di Padang Indonesia adalah dicatatan waktu kejadian bahawa gempa pertama terjadi pada pukul 17.16 dan gempa susulan terjadi pada pukul 17.58.

Saudara, marilah sejenak kita lihat dalam Al Qur’an Surah Al Israa’. Jam menunjukkan nama surat, dan minit menunjukkan ayat.  Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Waktu gempa pertama (QS. 17:16) dan waktu gempa susulan (QS. 17:58).

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

Marilah kita renungkan pesan Illahi tersebut. Mengapa Padang? kita yakin, mereka para korban baik yang meninggal maupun keluarga yang ditinggalkan adalah pihak-pihak yang dipilih Allah. Mereka adalah orang-orang yang kuat, tabah dan sabar. Allah tidak akan menimpakan cubaan melebihi kemampuan umat-Nya.

04 Oktober 2009

Lipatan Tsunami Acheh





Kemusnahan Samoa

Tsunami yang terbentuk dari gempa bumi dasar laut yang berukuran 8sr memusnahkan kepulauan dan penempatan penduduk.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP