Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

18 Ogos 2009

Apabila Sasterawan Negara bergurindam


SN A Samad Said

SN A Samad Said

……….

Empat dekad sudah.

Suara dari dinding dewan sayup,
tapi nyata.
Lalu aku sayu dan aku pilu;
Lalu, aku ragu dan aku malu,
watikah rasmi dari luar
disokong badai jampi liar.

Lidah yang diluhuri maruah
dikelar sendiri, mengapa?

Kerana kita membeli harta
dengan seni dan bahasa?

Atau kita membeli ilmu
yang hanya mencerna harta?

Aku terlalu resah dan tua
untuk menghadami siasah
laju kaki dari roda
lebat saham dari hikmah.

Mungkin ini hanya mimpi.

Kita akan menjadi pengembara
bahasa jati penghalaunya.

Benarkan sesekali aku berduka
nelayan yang terlalu mengasihi
bangsa,
benarkan lukanya didera
samudera.

Dan usah datang mencarinya
sebelum dan sesudah pilihan raya
ia telah tergelongsor jauh ke lurah
jaring kebingungan tenat bahasa.

Empat dekad bahtera bangga
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya:

Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

A. Samad Said
Mei 1996

16 Ogos 2009

Peludah Bahasa - A Samad Said

Datuk A Samad Said

Datuk A Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyampaikan puisi Peludah Bahasa semasa program Akademi Sastera Siber (AKSES) 4 di Paloh Inn, Wisma Nordin, Kota Bharu pada pagi Jumaat, 31 Julai 2009 yang lalu. Duduk di sebelah beliau ialah penyair muda, Fahd Razy selaku moderator.

PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra––hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa––
insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya––darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya––semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga––dirinya tulen peludah bahasa.

18––19 Jun, 2009. ––A. SAMAD SAID

12 Julai 2009

Samad Said: Bahasa Inggeris dapat RM5 bilion, bahasa Melayu dapat berapa?

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara Dato' A Samad Said berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan sewajarnya untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah sebagaimana yang diberikan untuk pengukuhan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Menurut Bernama, beliau berkata sekiranya kerajaan seperti yang dilaporkan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah, ia seharusnya boleh dilakukan terhadap bahasa Melayu.

"Saya ingin tahu juga, untuk memartabatkan bahasa Melayu berapa jumlahnya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku antologi sajak bertajuk "Mengabdi, Melestari" sempena ulang tahun ke-30 Permodalan Nasional Berhad (PNB), di sini Jumaat.

Peruntukan RM5 bilion itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Dr Puad Zarkashi di Dewan Negara semalam.

Sementara itu A Samad Said yang juga Penasihat Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai PPSMI sebagai bukan pemansuhan PPSMI, tetapi menangguhkan pemansuhan.

"Cuma yang saya tidak setuju, ia (pemansuhan PPSMI) bukan sekarang, bukan tahun depan tetapi ia 2012," katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau memahami bahawa pemansuhan itu tidak dapat dilakukan serta merta dan kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat itu sudah cukup baik. _

10 Julai 2009

A Samad Said Kecewa Dengan Permainan PPSMI

Saya cukup tertarik dengan laporan dari Malaysiakini tentang pandangan jauh dan harapan A Samad Said dalam isu PPSMI ini. Saya cukup gembira mempunyai seorang sasterawan yang berani dan mempunyai pandangan yang tajam dan jauh. Sauadara boleh ikuti laporannya di bawah atau terus ke capaian Malaysiakini.

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasBercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan rasa "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

gmp protest 310108 samad saidSatu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad (foto kiri), yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

NONE"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."

"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."

anti ppsmi math and science education in english school childrenUntuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.

Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.

Pemansuhan PPSMI banyak kelebihan

Sepatutnya perkara ini sudah lama berlaku, PPSMI banyak merugikan kewangan dan intelektual. Sampai masuk lokap, kena water canon, demonstrasi dan macam. Apa pun tahniah kepada yang berwajib akhirnya mempertimbangkannya dengan saksama.

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.

Beliau berkata sebelum ini, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka berkelulusan diploma.

Ia diberikan kepada guru-guru untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris tetapi guru-guru masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau diminta menjelaskan lanjut mengenai pengumuman pemansuhan PPSMI oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran semalam. PPSMI juga diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Dr Puad berkata adalah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada proses penterjemahan buku-buku rujukan ke dalam bahasa Melayu supaya ia dapat memperkasakan pelajar dalam pembelajaran mereka.

"Kita juga mempunyai keupayaan dan pakar-pakar di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang mampu berbuat demikian," katanya.

Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke-47 di Seri Kembangan dekat sini, Dr Puad berkata dalam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion selain memerlukan 13,933 guru subjek itu.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah memastikan guru-guru untuk mengajar subjek itu mencukupi khususnya di pedalaman termasuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta untuk menggunakan khidmat siswazahnya menjalankan latihan amali di sekolah-sekolah.

Sementara itu, Pengerusi ITNM Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata ITNM menyambut baik keputusan memansuhkan PPSMI dan berharap polemik mengenainya dihentikan.

Beliau berkata Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Jepun, Korea, Jerman, Perancis, China dan negara-negara Scandinavia yang menggunakan bahasa pertama atau bahasa nasional untuk menyampaikan ilmu di peringkat asas terutamanya Sains dan Matematik.

Dr Wan Hashim berkata negara-negara itu masih mampu memacu ke hadapan dengan pembangunan dan kemajuan dalam semua bidang.

Beliau juga berkata ITNM akan meneruskan usaha dalam menyediakan keperluan bagi melengkapkan prasarana khususnya untuk kemudahan pembelajaran di semua peringkat akademik.

Di KOTA KINABALU, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata tindakan kerajaan menilai semula kaedah menerapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan memperkenalkan unsur baru yang lebih praktikal dan berkesan merupakan tindakan bijaksana dan melambangkan fleksibiliti.

"Dasar kerajaan bukanlah sesuatu yang statik dan tidak boleh diubah. Kerajaan akan sentiasa sensitif kepada pandangan pelbagai pihak dan perubahan dibuat setelah mengambil kira penilaian dan kajian objektif terhadap isu tertentu tersebut.

"Bagaimanapun, usaha memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca ilmu tidak patut diabaikan sama sekali kerana dalam dunia globalisasi masa kini, kegagalan menguasai bahasa ilmu akan membataskan penguasaan ilmu dan mengehadkan keupayaan khususnya pelajar luar bandar bersaing," katanya kepada Bernama.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin pula berkata pemansuhan PPSMI wajar dibuat jika pelaksanaannya gagal mencapai matlamat.

Beliau yakin keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti PPSMI daripada pelbagai aspek akademik dan mengkajinya secara mendalam.

Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan Kabinet menghapuskan PPSMI dan bersetuju dengan strategi baru kerajaan Pusat untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Kabinet yang menghapuskan PPMSI, tapi sepatutnya dah lama (laksanakan)," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita di pejabatnya.

Menurutnya beliau mahu bahasa Melayu tetap dimartabatkan sebagai bahasa ibunda manakala bahasa Inggeris tetap menjadi asas rujukan menerusi kaedah pembelajaran melalui subjek tertentu. BERNAMA

24 Jun 2009

Bahasa Melayu Masih Tersisih

Petikan dari akhbar Indonesia. Untuk pengetahuan, Bahasa Melayu versi Riau adalah sama dengan Bahasa Melayu Malaysia. Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa rasmi di Indonesia dan Malaysia yang membolehkan kita merapatkan jurang bahasa dan berkomunikasi dengan baik.

Bangsa Melayu Kurang Ngotot Berjuang

Artikel Terkait:

* Ali dan Pelestarian Bahasa Palembang
* Rendra: Aceh Pelopor Bahasa Melayu!

Selasa, 23 Juni 2009 21:14 WIB

YOGYAKARTA, KOMPAS.com- SP Rida K Liamsi, wartawan dan budayawan Melayu mengatakan, seni budaya Melayu masih dianggap sebelah mata oleh dunia internasional. Salah satu buktinya adalah, Bahasa Melayu belum bisa menjadi salah satu bahasa resmi yang diakui di Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB).

"Seni budaya Melayu seakan-akan sudah hanyut ditelan arus modern dunia. Ada lebih 300 juta lebih orang Melayu di segenap penjuru dunia, tapi bahasa Melayu belum bisa menjadi salah satu bahasa resmi di PBB. Itu Karena tak cukup ngotot bangga dan berjuang. Akibatnya, seni budaya melayu masih dipandang sebelah mata. Bangsa Melayu belum bisa memaksa dunia untuk melihat potensi kita," ujar Rida.

Demikian disampaikan Rida dalam seminar "Budaya Melayu, Kontribusi Menuju Visi Riau 2020," di Taman Budaya Yogyakarta (TBY), Selasa (23/6). Hadir sebagai pembicara, pemerhati budaya Triyono Bramantyo, dan Mahyudin Al Mudra (budayawan Melayu yang juga Pemangku Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu atau BKPM Yogyakarta).

Selain dipertahankan keasliannya, menurut Bramantyo, seni budaya Melayu seharusnya bisa dikelola dengan lebih kreatif, sehingga menjadi wisata budaya yang layak jual. Sayangnya itu belum tampak merata di Indonesia. Satu contoh yang menggambarkan hal tersebut adalah nama Bali lebih dikenal di dunia internasional ketimbang Indonesia.

Bramantyo mengutarakan, bangsa ini memang kehilangan kreativitas mengelola kekayaan seni budaya Melayu, tapi belum terlambat. Sebab, kreativitas semestinya bisa dibangun. Selain menjaga keotentikan dan keasli an tradisi, stimulan-stimulan dan peluang agar seni budaya Melayu terus muncul, harus diciptakan.

Pemerintah dan pelaku seni harus mempunyai strategi cerdas, misalnya kreatif menggarap serius musik Melayu. "Masa kalah dengan Perancis. Negeri itu kecil dan seni budayanya tak sekaya Indonesia, tapi didatangi 7 juta wisatawan per tahun," ujar Bramantyo.

Keputusan Isu PPSMI Awal Julai

Petikan dari : TV Antara

Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.

16 Jun 2009

Persatuan Ulama’ Malaysia Menyampaikan Memorandum Membantah PPSMI Kepada Majlis Raja-Raja Melayu

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/10/09
Sila terbitkan atau pautkan artikel ini ke laman Tuan sekiranya sudi. Keizinan diberi.
Prof. Abdul Rahman Awang, Tuan Hj. Azmi Abul Hamid, dan Tuan Haji Ghani Shamsuddin

Prof. Abdul Rahman Awang, Tuan Hj. Azmi Abul Hamid, dan Tuan Haji Ghani Shamsuddin


Pagi tadi Persatuan Ulama' Malaysia menyampaikan MEMORANDUM MUAFAKAT ULAMA' MANSUHKAN PPSMI.

Majlis tersebut berlangsung di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, di Jalan Belamy, Kuala Lumpur.

Memorandum tersebut diterima oleh Tan Sri Dato' YM Engku Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, bagi pihak Majlis Raja-Raja Melayu.

Dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

Dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

Persatuan Ulama' memohon agar memorandum yang mengandungi bantahan terhadap PPSMI itu dapat dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Persatuan Ulamak Malaysia diwakili oleh Tuan Ustaz Abd. Ghani Samsuddin (pengerusi SHURA) dan Tuan Prof. Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang (ahli SHURA).

Delegasi itu juga diiringi oleh tokoh-tokoh penting Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Tuan Dr. Shahrir Md. Zain (Timbalan Pengerusi GMP), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Naib Pengerusi GMP), dan Tuan Hasni Abas (Setiausaha GMP).

Teks penuh memorandum tersebut, dan senarai penama yang menanda tangani dokumen tersebut adalah seperti berikut:

MEMORANDUM MUAFAKAT ULAMA' MANSUHKAN PPSMI

dipanjangkan kepada

MAJLlS RAJA-RAJA MELAYU

Melalui

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajar Al Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al bayan, Dia mencipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturan-Nya.

Selawat dan salam untuk junjungan kekasih-Nya Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari Zillah kepada kekecemerlangan I'zzah Islam.

MENYEDARI bahawa KDYMM Raja-Raja Melayu turut prihatin mengenai status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sesuai dengan peruntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan;

MEMAHAMI bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim;

MEMAHAMI bahawa dengan pemisahan agama daripada bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid;

MENGINSAFI bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim;

MENELITI bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam;

MENGISAFI betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni;

MENGHAYATI betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpilih untuk membentuk pegangan hidup Islam dalam kalangan ratusan juta kaum Melayu di nusantara ini;

MENERIMA bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan Negara ini;

MENGAMBIL perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2003, telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara;

MENYESALI PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam;

MEMANDANG serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar Bandar;

MEMBERI perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengetepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga negara amnya;

MEMAHAMI bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mengambil kira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam Negara;

MENGESAHKAN beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan;

MEMPERAKUI bahawa DYMM Raja-Raja Melayu mempunyai keperihatinan yang tinggi serta mempunyai pengaruh yang besar terhadap status dan pemeliharaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; dan

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian:

1. MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara;

2. MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam;

3. MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

Merujuk kepada Surah al-Rum, ayat 22 bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya adalah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan."

Surah Ibrahim, ayat 4 bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), Juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

Surah Asy-Syura, ayat 7 bermaksud:

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al-Quran kepadamu dalam bahasa Arab, agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Makkah) dan penduduk (negeri-negeri ) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka."

Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al-Quran memilih bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun Islam dalam masyarakat Malaysia.

Surah Yusuf, ayat 2 bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran berbahasa Arab, agar kamu mengerti."

Surah Toha, ayat 113 bermaksud:

"Dan demikian Kami menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-¬ulang di dalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al-Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka."

Surah Az Zumar, ayat 27-28 bermaksud:

"Dan sungguh telah Kami buatkan dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa."

Surah Fussilat, ayat 2-3 bermaksud:

"(Al-Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Kitab yang ayat¬ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui."

Surah Al-Zukhruf, ayat 3 bermaksud:

"Demi kitab (Al-Quran) yang jelas, Kami jadikan Al-Quran dalam bahasa Arab agar kamu mengerti."

Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia. Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al-Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu, maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa Inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu Islam di Negara ini.

Oleh itu, Kami:

MENDESAK supaya pelaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain, di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat.

MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain.

MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara.

MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengetepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini.

MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara sama ada awam mahupun swasta.

MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR, PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI.

MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

MENGGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar di semua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah pelaksanaan PPSMI.

KAMI DENGAN INI MENANDATANGANI MEMORANDUM ULAMA' "MANSUHKAN PPSMI" INI SEBAGAI PENDIRIAN KAMI UNTUK MEMBELA MARTABAT BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN DAN PENTADBIRAN NEGARA:

Delegasi:
1. Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (Pengerusi, SHURA)
2. Hj. Mohd. Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS Pengupayaan Melayu)
3. Dr. Abdul Rahman Awang (Ahli Lembaga SHURA)
4. Prof. Shahrir Mohamad Zain (Timbalan Pengerusi, GMP)
5. Prof. Emeritus Abdullah Hassan (Naib Pengerusi, GMP)
6. Encik Hasni Abas (Setiausaha, GMP)
7. Ustaz Wan Ahmad Tarmiz Aziz (Pengerusi Persatuan Ponyokong Sekolah Agama Rakyat)
8. Tuan Hj. Salleh Abu Bakar (Ketua Penerangan TERAS)
9. Ustaz Azhan Ishak (Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ipoh)
10. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Naib Presiden, PKPIM)
11. Mohd. Saifullah b. Mohd Zulkifli (Aktivis, PKPIM)
12. Tuan Kassim Muhamad (Aktivitis, GMP)

Turut menanda tangani memorandum
13. Datuk Dr. Abdul Samad Mohamed Said (Sasterawan Negara)
14. Datuk Ustaz Abu Bakar Cik (Pengerusi, Asian Federation Muslim Youth)
15. Puan Ainon Mohd (AJK, GMP)
16. Abu Qassim Nor Azmi (Aktivis, PKPIM)
17. Ustaz Yusuf Mahmud (YDP, Persatuan Ulama' Kedah)
18. YB Datuk Mahfuz Omar (Pengerusi, Inst. Pemb. dan Pengemblengan Komuniti – IMPAK)
19. Che Shamsuddin Othman – Dinsman (Pengerusi, PAKSI)
20. Hj. Mohammad Salleh Bakar (Ketua Penerangan TERAS)
21. Ustaz Hafiz Mustaffa Lubis (YDP Angkatan Belia Islam Malaysia, Kedah)
22. Uztaz Abu Khair Ayub (Maahad Tarbiyyah Islamiah, Derang, Kedah)
23. Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malik (Pengerusi JAMA'IY)
24. Dr. Zaini Hamzah (Pengerusi, TERAS, Wilayah Persekutuan)
25. Dr. Syed Jamaluddin Syed Ali (Timb. Pengerusi TERAS, Selangor)
26. Ustaz Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi JAMA'IY)
27. Ustaz Khairul Mustafa (Setiausaha, Persatuan Ulama' Malaysia Wilayah Persekutuan)
28. Prof Madya Dr. Wan Salim Mohd Nor (YDP, Persatuan Ulama' Malaysia, Pulau Pinang)
29. Ust. Awaluddin Jefry (YDP, Persatuan Ulama' Malaysia, Johor)
30. Ustaz Dr. Arshad Taib (Ulama' Perlis)
31. Ustazah Fauziah Thani (bekas Pengetua, Sekolah Menengah Agama Alawiyyah, Perlis)
32. Dr. Fadhlullah Jamil (Pengerusi, WADAH P. Pinang)
33. Datuk Abdul Halim Kader (YDP Persatuan Ulama' Malaysia)
34. Hj. Hussin Ismail (Pengerusi, Yayasan Amal)
35. Dr. Abdul Rahman Ahmad (Pengerusi Wadah Pencerdasan Ummah, Kedah )
36. Ustazah Masadah Sajadi (Pengerusi, Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia)
37. Ustaz Tahir Ali (Ahli, Lembaga TERAS)
38. Hj. Ismail Wan Teh (Naib Pengerusi, WEHDAH)
39. Hj. Mutalib Rawther (Pengerusi, TERAS, Pulau Pinang)
40. Ustaz Muhammad Nabigh bin Abu Samah Al-Hashimi (Jabatan Pendidikan Islam UiTM)
41. Uztaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Setiausaha, Institiut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah, Malaysia – ISRA)
42. Dr. Kamaruzaman Yusuf (Ahli Ilmuan Islam UKM)
43. Ustaz Wahab (Muhammadiah Internasional)
44. Encik Kamal Syukri (Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia)
45. Encik Salman Siddiqiy Mohd Azmi (Jaringan Pemuda TERAS Nasioanal)
46. Ustazah Fatimah Ahmad (Pengerusi SALIMAH – TERAS)
47. Ustaz Azmi Bahari (Ketua Kurikulum dan Koperasi Maahad Tarbiah Islamiah, Perlis)
48. Hj. Jaafar Daud (Timbalan Pengerusi, TERAS Perlis)
49. Ustaz Mohd Shahimi bin Abdul Kemali (Pendidik MADI, Perlis)
50. Ustaz Rashid Muhammad (WADAH, Pahang)
51. Ustaz Abdul Wahab Nor Al-Haj (Ahli JawatanKuasa Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi PERAWI-TERAS)
52. Ustaz Khairuddin At Takiri ( Pengetua Darul Fuqaha, Bandar Baru Bangi)
53. Ustaz Abdul Sattar (Pendidik MADI, Perlis)
54. Shah Rizan Sazali (Pengerusi Ummah Aid)
55. Ustaz Kamaruddin Kassim (Pengerusi, Persatuan PRIHATIN)
56. Aziz bin Man (Pengerusi, Persatuan Kebajikan Warga Desa)

14 Mei 2009

Istilah 'keling' dibenar diguna dalam kamus DBP

May 14, 09 7:21pm malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ianya adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini, lapor Bernama.

Menurut peguam DBP Md Radzi Mustafa, hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan 'mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Saman Pemula

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus tersebut.

Pada 28 Februari 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.

Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

APIM diwakili oleh peguam Priyadarshini Nair.

Apa la masalah ngan KELING ni, kepala hotak dok pikir benda nagetif, nagertif la jadinya, KELING ok apa! benua keling, tanjung keling, pengkalan keling, keling mabuk air sejuk, banyak istilah, nama keling ni patut kita bangga dengan penggunaannya yang memperbanyakkan perbendaharaan kata bahasa melayu, kalau tak mana lagi bahasa melayu, lain lain semua bahasa orang yang diubah suai ke bahasa kita.

Kat tempat kerja aku ada 3,4 orang keling tapi semua telah dikelingkan oleh keling-keling dah jadi 10 kali keling.

perkataan "keling" di sini tidak merujuk kepada mana-mana kaum, individu, bangsa dll. jadi tak jadi masalah la... jangan ada yang terasa lak.
Imbang Penuh

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP