Memaparkan catatan dengan label fatwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fatwa. Papar semua catatan

07 September 2009

FATWA SYEIKH AL-QARADAWI MENGENAI WAKTU BERBUKA PUASA BAGI MEREKA YANG BERADA DI UDARA


As-syeikh Dr. Yusuf Al-qaradawi, ketua persatuan ulamak seduni telah mengeluarkan fatwa pada hari ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.

Asyeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat –tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.

Akhirnya, Al-qaradawi telah meminta pesawat Qatar(yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.

24 Februari 2009

Islam Dan Valentine's Day




Perayaan ini dikenali dengan Hari Kekasih, mula bertapak di negara Malaysia sekitar tahun 1980-an melalui media cetak serta elektronik sebagai penyebar utama.


Cara sambutan biasanya kekasih akan memberikan hadiah kepada pasangannya dalam bentuk bunga, coklat dan sebagainya. Tetapi perkembangan dewasa ini mungkin hadiah termahal pun boleh didapati seperti barangan, kemudahan hatta tubuh-badan sekalipun dijadikan sebagai hadiah yang istimewa buat insan yang bergelar kekasih.


Terdapat 3 pendapat asal-usul Hari Valentine's day ini.
1. Semasa pemerintahan empayar Rom mereka menetapkan 14 feb. sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewi Rom. Hari 15 Feb. bermula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi masyarakat Rom. Nama-nama gadis akan ditulis dan dimasukkan ke dalam bekas dan akan dicabut oleh pemuda-pemuda untuk dijadikan pasangan sepanjang pesta ini berlangsung.

2. Pada 14 Feb. 270M, St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan pasangan secara sulit. Ia mengingkari perintah Raja Claudius II (268-270M) mengaharamkan setiap pertunangan dan perkahwinan kerana banyak berlaku peperangan pada waktu itu.

3. Paderi St. Valentine dari aliran katolik mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan aliran prostestan setelah kerajaan Islam Cordova berjaya ditumpaskan oleh Sepanyol, sememangnya seoarng paderi tidak boleh berkawin telah dipenjarakan sementara waktu oleh Ratu Isabella. Maka beliau menetapkan 14 Feb. adalah hari kekasihnya. (rujuk risalah "elak sambut Valentine's Day" dikeluarkan oleh JAKIM)

Bagi penganut kristian mereka menganggap St. Valentine sebagai syahid abad ketiga dan dirayakan serta disambut pada setiap tahun terutama bagi penganut katolik.

Apa yang menariknya, dalam agama kristian hari ini terbukti bahawa agama ini telah diolah dari rupa asalnya iaitu sebagaimana yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mereka merubah dan menyelewengkan setiap ajaran asal supaya mengikut selera dan keselesaan mereka.


Buktinya, St. Valentine adalah seorang pengamal kristian hingga keperingkat paderi atau statusnya sehingga peringkat kedua tertinggi selepas Pope melakukan kesalahan besar dalam agama anutannya telah diagung-agungkan dirinya dan perbuatannya oleh setiap orang kristian sendiri. Sehingga ia menjadi suatu perayaan dan sanjungan yang disambut oleh gereja-gereja bagi memperingati jasa tokoh tersebut. Sehingga gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland mempamerkan tulang-tulang St. Valentine setiap hujung minggu dengan termaktub tulisan "Corpus St. Valentine Martyris" semenjak berabad lamanya.




Jelaslah kepada kita bahawa menyambut Valentine's Day adalah salah-satu upacara dalam agama kristian. Justeru itu, bagi umat Islam adalah haram hukumnya menyambut Valentine's Day dengan apa cara sekalipun. Fatwa telahpun dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib sama ada dalam negara atau luar negara seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 22-24 Nov. 2005 memutuskan "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digakkan oleh agama Islam".

14 Ogos 2008

Hukum Iring Jenazah Kafir

Mengikut fatwa Syeikh Ramadhan al Buti:
Seorang muslim tidak ditengah mengiringi jenazah orang kafir, dan mengucap takziah kepada keluarga si mati kerana ianya termasuk sesuatu yang disenangi dan diglakkan. Akan tetapi kita dilarang menyertai peribadatan mereka dan upacara keagamaan mereka.

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP