Memaparkan catatan dengan label kundalini reiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kundalini reiki. Papar semua catatan

06 April 2009

Kundalini Rieki – Attunement

Attunement ialah proses penyelarasan/ pengijazahan yang dilakukan kepada sesiapa sahaja melalui jarak jauh. Hasilnya adalah sama dengan attunement yang dilakukan jarak dekat atau hadir diri.

Permulaan Attunement
Menurut pengamal Reiki dan Manual Kundalini Reiki, Pengasas Rieki Master Mikao Usui mendapat kemampuan Reiki setelah bermeditasi di Gunung Karuma, Jepun dan dikatakan secara “empowerment” dari alam semesta.

Seterusnya proses attunement Kundalini Reiki dilalukan oleh master kepada mereka yang ingin belajar.

Tempoh Attunement
Proses attunement ini berlangsung sekitar 25 minit sahaja tanpa apa-apa pergerakkan dan bacaan yang ditetapkan selama proses attunment.

Proses attunement
Secara asasnya attunement akan dilakukan pada setiap peringkat bermula dari level 1 hingga level 9.

Terdapat juga perbezaan kaedah attunement mengikut kepakaran dan kreativi seseorang master. Sesetengah master merangkumkan setiap level kepada 3 level sahaja dengan memasukkan Kundalini Reiki Booster bersama Kundalini Reiki. Dan terdapat juga master yang membuat attunement sekali gus semua 9 level dengan teknik dan kepakaran tertentu.

Sensasi Attunement
Sensasi ialah perubahan yang berlaku ketika proses attunement berlangsung atau selepasnya.

Terdapat pelbagai sensasi yang berlaku, ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Perkara yang mungkin tidak pernah berlaku pada diri sebelum ini atau pernah berlaku tetapi tidak mengetahui secara jelas dan puncanya, sebagaimana berlaku kepada saya.

Antara sensasi pernah diceritakan ialah berlaku pada badan atau bahagian badan denyutan halus, semut-semut, bergerak-gerak, gatal-gatal, hangat, menggigil, rasa energi mengalir, dan lain-lain.

Kesan Pasca Attunement
Sesetengah individu yang pertama kali menjalani proses attunement berkemungkinan berlaku “kesan pasca attunement”. Ianya bersifat sementara, merupakan sesuatu yang normal, dan tidak perlu khuatiri kerana berlaku penyelarasan kembali tenaga dalaman dan ianya sesuatu yang bersifat positif. Antara kesan pasca attunement ialah

OVER ENERGI – Tenaga elektrik mengalir terus, bersikulasi di seluruh jaringan tubuh eterik.

DETOKSIFIKASI – Peningkatan kekerapan buang air kecil atau besar.

OVER HEATING – Suhu tubuh cenderung meningkat.

PERUBAHAN POLA TIDUR – Kecenderungan lebih mudah mengantuk.

Tiada kesan negatif sampingan dalam proses attunement seperti lebihan tenaga (overdose), kecelaruan tenaga, pertembungan tenaga atau tenaga nagetif.

(Akan bersambung seterusnya, artikel ini juga akan diedit mengikut perkembangan maklumat semasa penulis)

02 April 2009

Kundalini Reiki - Pengenalan

Kundalini Reiki adalah kaedah pengaktifan dan penyelarasan tenaga alam melalui attunement (penyelarasan) yang dikendalikan oleh master. Ianya satu kaedah yang berbentuk alami tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama, kepercayaan, budaya atau aliran-aliran sesuatu kumpulan. Ianya juga tidak menggunakan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.
- ( Penulis lebih selesa dengan istilah "alami" bagi menggantikan istilah yang telah sedia digunapakai iaitu "ilahi" untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman pada ungkapan. Alami berasal pada kata alam dengan imbuhan "i" membawa maksud sesuatu yang bersifat alam. Contoh penggunaan Islam - Islami,bersifat Islam, dan contoh-contoh lain. )

Kundalini bermaksud tunjang manakala Reiki terdiri dari dua suku kata yang berasal dari perkataan Jepun. Rei bermaksud alam semesta dan Ki pula bermaksud tenaga. Kundalini Reiki adalah tenaga alam semesta yang digembelengkan melalui badan dan disalurkan kepada mana-mana bahagian yang mengalami masalah, diri sendiri atau orang lain sama ada secara hadir atau jarak jauh melalui tapak tangan.

Perlu diketahui, Kundalini Reiki juga bukan semata-mata atas tujuan perubatan alternatif semata, bahkan ianya juga boleh dimanfaatkan pelbagai guna selagi bertujuan positif.

Kundalini Reiki ini telah pun tersebar luas ke seantero dunia tanpa sempadan geografi, taraf hidup, profesion kerjaya, bahasa, bangsa dan agama. Bahkan di sesetengah negara ianya dijadikan sebagai ko-kurikulum sekolah atau institusi sebagai aktiviti sampingan dan utama seperti Jepun, Amerika, Denmark, United Kingdom dan lain-lain.

Manfaat bagi pengamal Kundalini Reiki adalah amat banyak, ianya berbentuk spiritual/ kerohanian atau fizikal. Ianya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan pro aktif pengamal itu sendiri. Pengamal boleh mengembangkan penggunaannya dengan berasaskan pelajaran yang diberi.

Selain pengembangan cara guna, berlaku juga pengembangan pada disiplin ilmu asasnya. Melalui pengembangan disiplin ilmu asas inilah, lahirnya Kundalini Reiki dan nama-nama yang lain yang berasaskan Reiki.

Walaupun begitu, Kundalini Reiki dan Reiki-Reiki yang lain juga mempunyai pro dan kontranya dengan hujah-hujah yang dikemukan. InsyaAllah penulis akan kongsi sedikit masa lagi.

(Akan bersambung seterusnya, artikel ini juga akan diedit mengikut perkembangan maklumat semasa penulis)

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP