Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

03 November 2009

Kapsul ubat: Gelatin Babi Dicop Halal

BERNAMA


Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.
 
               Kes ni lebih parah dari 50% halal dari indon sebab dah kena tipu       

01 November 2009

Kandungan 50% Halal


Renung gambar di atas, banyak pertanyaan yang muncul. Mungkin ianya biasa bagi masyarakat negara jiran tapi bagi saya cukup pelik.

Dalam banyak-banyak yang pelik saya nak kongsi bahan tersebut 50% halal, ni guna kaedah mana? kalau dah bercampur yang haram maka haramlah kesemuanya.

Mungkin yang halal kandungan ayam tu, dan yang haram tu b*b* jer.... ada sesiapa yang nak cuba yang halal 50% tu ker?!! atau nak try tang "pas susunya" hehhe memang la nikmat.

09 September 2009

Masuk Mahkamah Hanya Dengan "Mc"

PUTRAJAYA: Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn Bhd menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Kami berpendapat persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh McDonald's tidak jelas dan mahkamah harus menolak permohonan semakan bagi rayuan tersebut," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk James Foong.

Mahkamah menangguhkan kes itu semalam selepas mendapati soalan yang dibangkitkan peguam McDonald's tidak jelas dan meminta mereka menyusun semula soalan berdasarkan kepada pendapat Mahkamah Rayuan.

McDonald's memfailkan permohonan semakan bagi rayuan itu apabila pada 29 April lepas Mahkamah Rayuan memutuskan adalah satu kesilapan untuk membuat andaian McDonald's memonopoli penggunaan awalan 'Mc'.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan McDonald's mempunyai hak eksklusif kepada awalan 'Mc' menyebabkan McCurry membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada prosiding kes itu, McCurry menegaskan bahawa McDonald's tidak boleh menuntut monopoli atau hak eksklusif bagi menggunakan huruf awalan 'Mc', kerana awalan itu digunakan dengan meluas di seluruh dunia sebagai nama keluarga terutamanya oleh orang yang berasal dari Scotland. BERNAMA

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP