Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

18 Ogos 2009

Dr. Burhanuddin – Pejuang Nasional yang Agung



sempena menyambut kemerdekaan



Dr. Burhanuddin Al-Helmy –
Pejuang Nasional yang Agung

Dipetik dari Memoir Abdullah C.D.
Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan oleh SIRD


Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran nasionalis, agama dan sosialis. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang teguh pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis, beliau telah menggembleng tenaga nasionalisme, agama dan sosialisme ke dalam wadah perjuangan untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat.

Ketika saya menganggotai KMM, saya hanya kenal namanya sahaja. Pada masa Perang Dunia Kedua, saya selalu pergi ke pejabat KMM di Taiping, tetapi tidak pernah bertemu dengan beliau. Saya menemui beliau di Ipoh setelah tamat perang, semasa kami sama-sama berusaha menjalankan propaganda dan menyebarkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat Melayu. Cita-cita yang sama ini telah mempereratkan hubungan kami seterusnya sebagai kawan seperjuangan. Kami telah berganding bahu mengharungi pahit manis dan suka duka dalam perjuangan untuk membangkitkan seluruh masyarakat demi kemerdekaan tanah air. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah dalam masa menjelang perisytiharan darurat pada tahun 1948. Kami bertiga iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan saya membincangkan masalah perjuangan kemerdekaan yang menghadapi tekanan hebat setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu oleh penjajah British. Dalam perbincangan itu kami bertiga berpendapat bahawa perjuangan melalui undang-undang sudah tertutup, maka haruslah melalui revolusi bersenjata. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk bersiap melakukan revolusi bersenjata, melawan British. Saya dan Ahmad Boestamam akan melakukan perjuangan bersenjata, manakala Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula akan bergerak di dalam masyarakat mengembangkan gerakan kemerdekaan dan menyokong perjuangan bersenjata.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.

Beliau pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari seksaan di dalam penjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 25 Oktober 1966.

Pemergian beliau merupakan kerugian besar bagi gerakan patriotik-demokratik. Mengenang sumbangan beliau yang besar kepada kemerdekaan tanah air, saya dan kawan-kawan lain dari Rejimen Ke-10, kader-kader bawah tanah dan bekas anggota PKMM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner (PKMRM) pada tahun 1981. Penubuhan PKMRM bercita-cita menyambung semula perjuangan KMM dan PKMM yang diterajui Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, agar semangat dan cita-cita beliau sentiasa bersinar-sinar dari generasi ke generasi.



senikata lagu mengenangi Dr. Burhanuddin:

DR. BURHANUDDIN AL-HELMY
Pencipta: Black

Kuciptakan lagu untukmu,
Kunyanyikan syair buatmu,
Tentang perjuangan,
Tentang pengorbanan.

Kau yang bertubuh kecil,
Tetapi berjiwa besar,
Tegas pendirian,
Dan berhati mulia.

Dari utara hingga selatan,
Lantang suaramu,
Menentang penjajahan,
Melawan penindasan.

Demi untuk negara,
Demi untuk merdeka,
Kebebasanmu dirampas,
Tetapi, jiwamu … tetap merdeka.

Chorus:
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Kata-kata azimat darimu,
Tak pernah kami lupa.

Walaupun kini jasadmu telah tiada,
Namun semangatmu membakar jiwa,
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan,
Pengorbananmu (perjuanganmu).



Sedikit Tentang Riwayat Hidup Dr. Burhanuddin

16 Jun 2009

Tauliah daripada Sultan Borneo yang Melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, 1877

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/3/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB

Kepada seluruh negara di muka bumi ini yang ada kaitannya dengan perkara ini, beta, Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab, Sultan Borneo mengirim salam kepada semua.

Bahawasanya beta berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang dikasihi, Gustavus de Overbeck dan Alfred Dent Esquire, bahagian tertentu Negeri di bawah kekuasaan beta yang terdiri daripada seluruh bahagian utara Pulau Borneo dari Sungai Sulaman di sebelah pantai barat ke Teluk Maludu dan ke Sungai Paitan dan kemudiannya seluruh bahagian pantai timur sehingga ke Sungai Sibuko, yang terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah yang lain sejauh hingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami.

Dan bahawasanya Gustavus Baron de Overbeck tersebut ialah ketua dan satu-satunya sahaja wakil Sah Syarikatnya di Borneo.

Dengan yang demikian, maka ketahuilah semua yang ada bahawa beta, Sultan Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab hendak menamakan dan melantik dan dengan ini menamakan dan melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Pemerintah Tertinggi wilayah-wilayah yang tersebut di atas dengan gelaran Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan, dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak terhadap pengeluaran hasil bumi negeri ini sama ada daripada jenis galian, tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan, dan dengan hak untuk membuat undang-undang, membuat duit, mewujudkan tentera darat dan tentera laut, mengenakan cukai kastam ke atas perdagangan dan perkapalan dalam dan luar negeri dan cukai dan yuran lain ke atas penduduknya sebagaimana yang dilihatnya sebagai baik atau perlu, berserta dengan segala kuasa dan hak lain yang biasanya dijalankan dan dimiliki oleh pemerintah berdaulat, dan yang dengan ini beta wakilkan kepadanya dengan kerelaan beta sendiri.

Dan beta menyeru kepada seluruh negara asing yang telah beta wujudkan persetiaan dan persahabatan serta perikatan supaya mengakui bahawa Maharaja tersebut sebagai diri beta sendiri di wilayah-wilayah tersebut dan menghormati kuasanya di wilayah itu, dan jika sekiranya berlaku kematian atau persaraan dari jawatan oleh Maharaja tersebut, maka orang yang sewajarnya dilantiknya sebagai pengganti dalam jawatan pemerintah tertinggi dan Gabenor Besar wilayah Syarikat di Borneo hendaklah demikian juga menggantikan jawatan dan gelaran Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan, dan segala kuasa yang dinyatakan di atas hendaklah terletak hak padanya.

Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 156-157.

Dibuat di Istana Brunei pada 29 hari bulan Disember, TM 1877.

Perjanjian yang Dibuat oleh Pembesar Perak di Pulau Pangkor, 1874

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/4/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia, Kuala Lumpur: ITNMB (2008)

Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka, dan,

Bahawasanya sebilangan besar orang Cina yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan dalam perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak dilindungi secukupnya, dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan berleluasa di negeri tersebut, dan ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas teruk dan keamanan serta ketenteraman Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-kadang turut terancam, dan,

Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan mereka mengawal kacau-bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan, dan,

Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini,

Tuan Yang Terutama SIR ANDREW CLARKE, K.C.M.G., C.B., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Se1at, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah tersebut dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah mencadangkan Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat bersama kepada Pemerintah Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan orang lain yang bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu:-

I. Pertama. – Bahawa Raja Muda Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

II. Kedua. – Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil diserahkan hak kepadanya.

III. Ketiga. – Bahawa segala pelantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat pada masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja, hendaklah disahkan.

IV. Keempat. – Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-Marhum Sultan hendaklah disahkan.

V. Kelima. – Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua pelantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan.

VI. Keenam. – Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya mestilah dirninta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

VII. Ketujuh. – Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.

VIII. Kelapan. – Bahawa pembiayaan untuk Residen-residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadi tanggungan pertama daripada hasil Negeri Perak.

IX. Kesembilan. – Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut.

X. Kesepuluh. – Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini.

XI. Kesebelas. – Bahawa Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal
Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut:-

Dari Bukit Sigari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No.1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga ke laut, kemudiannya di sepanjang pantai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ke timur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Sigari.

XII. Kedua belas. – Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Selatan Province Wellesley (Seberang Prai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.

XIII. Ketiga belas. – Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segera di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad.

XIV. Keempat belas. – Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

Perkara di atas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah memaharni perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai mengikat diri mereka dan Waris serta Pengganti mereka.

Peijanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British, pada dua puluh hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat.

Disempumakan di hadapan saya,
ANDREW CLARKE,
Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Madya Negeri-Negeri Selat.

Cap Mohor Sultan Perak.
Cap Mohor Bendahara Perak.
Cap Mohor Temenggung Perak.
Cap Mohor Menteri Perak.
Cap Mohor Syahbandar Perak.
Cap Mohor Raja Mahkota Perak.
Cap Mohor Laksamana Perak.
Cap Mohor Dato' Sagor.

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 28-30.

Pemasyhuran Selangor, 1875 – Meminta Pada Kami Seorang Pegawai Inggeris bagi Membantu Baginda Membuka dan Memerintah Negeri Baginda

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/5/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 2008, Kuala Lumpur ITNMB

Pemasyhuran Selangor oleh Tuan Yang Terutama Kolonel Sir Andrew Clarke, R.E., C.B., K.C.M.G., Gabenor dan Panglima Besar Negeri-Negeri Selat dan Laksamana Madya Negeri-Negeri itu.

Ketahuilah oleh sekalian manusia bahawa Sultan Abdul Sarnad, Pemerintah Selangor, Klang, Langat, Bernam dan Lukut, serta wilayah tanggungannya dengan hasrat mewujudkan Kerajaan yang lebih baik di negeri Baginda, telah meminta pada kami seorang Pegawai Inggeris bagi membantu Baginda membuka dan memerintah negeri Baginda, dan atas permintaan Baginda itu, kami telah menghantar dua orang pegawai, iaitu Tuan Davidson bagi menetap di Klang dan Tuan Swettenham bagi menetap di Langat, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ini, khususnya melindungi nyawa dan harta benda penduduk dan pedagang di Selangor dan Wilayah-wilayahnya.

Maka dengan yang demikian, Sultan Selangor telah mengeluarkan suatu Pemasyhuran bertarikh 21 hari bulan Sya'ban tahun Hijriah 1291, yang mengundang para saudagar dan orang lain mencari rezeki di negeri Baginda, dan karni menyokong Pemasyhuran itu sepenuh-penuhnya dan pegawai kami yang tersebut di atas akan membantu semua orang yang baik-baik yang pergi ke Selangor dan Wilayah-wilayahnya, sama ada untuk menetap atau berdagang di sana.

Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

T. BRADDELL,
Setiausaha Tanah Jajahan.
Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan,

Singapura, 25 hari bulan Januari 1875.

Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak

Perjanjian antara Gabenor Negeri-Negeri Selat yang Bertindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan, 1895

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/7/09
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, 2008. Kuala Lumpur:" ITNMB

Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Undang Luak-Luak yang tersebut di atas, dengan ini bersetuju membentuk sebuah Negeri gabungan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dan mereka berhasrat memperoleh bantuan seorang Residen British dalam mentadbir Kerajaan gabungan tersebut dan mereka mengaku janji mematuhi nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam.

3. Maka hendaklah difahami bahawa perkiraan sebagaimana yang dipersetujui kini tidaklah bermakna bahawa mana-mana Undang akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa lain berkaitan mana-mana Luak lain, selain Luak yang dimilikinya kini.

Pada menyaksikannya maka Gabenor Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell, G.C.M.G. dan Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Je1ebu, Rembau dan Tampin telah menandatangani Perjanjian ini yang bertarikh 8 hari bulan Ogos tahun Masihi satu ribu lapan ratus sembilan puluh lima bersamaan dengan 16 hari bulan Safar tahun Hijriah satu ribu tiga ratus dua belas.

(Tandatangan) C.B.H. MITCHELL (Meterai)

Saksi tandatangan Sir C.B.H. Mitchell, G.C.M.G.

(Tandatangan) CLAUD SEVERN, Setiausaha Sulit.

Meterai Dato Bandar.
(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD

Meterai Undang Jelebu.
(Tandatangan) SYED ALl

Saksi.
(Tandatangan) ARTHUR L. KEYSER.

30 hari bulan Jun 1895.

CAP DATO JOHOL.

Saksi.

(Tandatangan) LEOPOLD CAZALAS

Meterai Dato Rembau.
(Tandatangan) SIRUN

Meterai Yam Tuan Besar.

(Tandatangan) MOHAMED BIN ANTAH.

20 hari bulanJun 1895.

Saksi.

(Tandatangan) MARTIN LISTER.

(Tandatangan) DATO BANDAR AHMAD, Pemangku Dato Kelana.

Saksi.

(Tandatangan) HARVEY CHEVALLIER
Teks diambil daripada Maxwell & Gibson, 1924: 64-65

Persetiaan Persekutuan, 1895

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/8/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Kuala Lumpur: ITNMB

PERJANJIAN antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang bertindak bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-Raja Negeri Melayu yang berikut, iaitu: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Pembesar-Pembesar Negeri-Negeri yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah naungan Kerajaan British.

2. Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka dalam sebuah Persekutuan, dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.

3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui tidak bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang dia diiktiraf sebagai Raja atau Pembesar.

4. Raja-Raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang Pegawai British, bergelar Residen Jeneral, sebagai ejen dan wakil Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-Negeri Selat. Mereka mengaku janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen Jenera! tidak akan menjejaskan kewajipan Raja-Raja Melayu terhadap Residen British yang sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.

5 . Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-Negeri dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga manusia, wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan British, melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain, mereka, atas permintaan Gabenar, akan menghantar sepasukan askar India yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selat.

Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa atau wibawa yang kini dipegang aleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di atas di Negeri masing-masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai aleh Raja-Raja dan Pembesar-Pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato' Haji Ahmad, Dato' Bandar Sungai Ujong
Dato' Ata, Data' Undang Jahal
Dato' SyedAli bin Syed Zain, Dato' Undang Jelebu
Dato' Serun bin Sidin, Dato' Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.126. Lihat juga Bahan-bahan Pilihan Pameran Arkib Warisan Negara 1892: 44.

Perjanjian antara Great Britain dengan Siam, 1909

via BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/9/09

Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.;
Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perkara II Tarikh Penyerahan
Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.

Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam
Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi

Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam
Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.

Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara – Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.

Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.

Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VIII Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.

(T.T.) RALPH PAGET.
(T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).

Perjanjian antara Baginda King dengan Kerajaan Terengganu, 1910

BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/11/09
Diambil daripada Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1795 – 1965, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB

Perjanjian ini adalah untuk menentukan sesetengah perkara berkenaan hubungan antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Terengganu, iaitu sebuah Negeri Melayu Islam berpemerintahan sendiri.

Dibuat antara wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda King Gerat Britain, iaitu Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Baginda King.

Dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Zainal Abidin, yang memiliki dan mentadbir Kerajaan Terengganu dan segala wilayah tanggungannya, bagi pihak diri dan waris baginda yang menggantikan baginda sebagai Sultan menurut adat istiadat Melayu dalam Kerajaan Terengganu.

Perkara I

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa kedua-dua Kerajaan akan saling membantu.

Demikian juga kedua-dua Kerajaan akan saling serah-menyerah pesalah atau tertuduh atau orang yang disabitkan terhadap apa-apa kesalahan menurut persetujuan yang akan dibuat antara kedua-dua Kerajaan.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa kedua-dua pihak akan mematuhi dengan seketat-ketatnya peruntukan dokumen ini.

Perkara II

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengisytiharkan bahawa baginda hanya berhasrat menempatkan seorang Pegawai British bermastautin di Terengganu sebagai wakil yang tugasnya adalah serupa dengan tugas Pegawai Konsul.

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu mengaku janji menerima Pegawai itu dan memberi percuma sekeping tanah di negeri ini bagi membina sebuah rumah untuk diduduki Pegawai tersebut.

Perkara III

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bagi pihak dirinya untuk melindungi Kerajaan dan Negeri Terengganu dan segala wilayah tanggungannya daripada serangan musuh asing, dan bagi maksud ini dan maksud seumpamanya pegawai Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King akan pada setiap masa dibenarkan keluar masuk dengan bebas ke laut dan wilayah Terengganu dan wilayah tanggungannya dan menggunakan cara yang munasabah untuk menentang serangan tersebut.

Perkara IV

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini bersetuju bahawa tanpa pengetahuan dan keizinan Kerajaan British baginda tidak akan membuat apa-apa persetiaan, berurusan atau berutus-utus surat tentang perkara politik atau menghantarkan utusan kepada mana-mana Kerajaan asing, mengganggu dalam politik mana-mana negeri Melayu atau memberikan apa-apa konsesi perlombongan yang melebihi 500 ekar atau tanah lain yang melebihi 3,000 ekar kepada mana-mana orang selain penduduk asal dan rakyat Terengganu.

Maka adalah juga dipersetujui bahawa jika timbul apa-apa sebab yang menghendaki perutusan politik antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan mana-mana Kerajaan asing, perutusan itu hendaklah dijalankan melalui Kerajaan British yang Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu bergantung bantuan dan untuk menyelesaikan apa-apa perkara antara Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan asing itu.

Fasal yang terakhir di atas tidak merujuk perutusan bukan politik atau lawatan yang bersifat persahabatan atau seumpamanya.

Pada menyaksikannya, Tuan Yang Terutama Sir John Anderson, G.C.M.G., dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu dengan ini menurunkan meterai dan tandatangan masing-masing.

Ditandatangani di Singapura pada dua puluh dua hari bulan April tahun 1910 bersamaan dengan sebelas hari bulan Rabiulakhir tahun 1328.

Meterai Pesuruhjaya Tinggi.
JOHN ANDERSON.

Saksi.
Cap Mohor Sultan.

Saksi.
T. PERROT, PemerintahAskar, N.N.S.
F. BELFIELD,

Peguam Negara, N.N.S.
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD.
OMAR BIN ABDUL RAHIM. HAJI NGAH BIN YUSOP. AHMAD BIN ABDUL RAHMAN.

Teks diambi1 dari Maxwell & Gibson 1924: 112-113.
Perkara II dimansuhkan dan digantikan melalui Perjanjian 24 Mac 1919 (lihat Maxwell & Gibson 1924: 113-114).

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain Dgn Negeri Johor,1914

BAHASA DAN BUDAYA by Abdullah on 6/14/09


Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 hari bulan Disember 1885, yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia FREDERICK ARTHUR STANLEY, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaldah dimansuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya:

Maka, dengan ini dipersetujui oleh dan antara Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young, K.C.M.G., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR bahawa Perkara di atas dimansuhkan dan Perkara berikut menggantikannya:

Perkara III
Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima, dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk, seorang Pegawai British yang dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Me1ayu.

Pembiayaan untuk Ketua Penasihat dan perjawatannya hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan ditanggung daripada Hasil Negeri Johor.

Pemungutan dan pengawalan segala hasil negeri hendaklah dikawal selia di bawah nasihat Ketua Penasihat itu.

Pada menyaksikannya, SIR ARTHUR HENDERSON YOUNG dan DULl YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN NEGERI DAN WILAYAH JOHOR telah menandatangani Perjanjian ini pada dua belas hari bulan Mei satu ribu sembilan ratus empat belas. Tandatangan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri dan Wilayah Johor.

(Tandatangan)
IBRAHIM

Disaksikan oleh:
OMAR BIN AHMAD
AHMAD BIN MUHAMMAD KHALID
JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
MUHAMMAD BIN MAHBUB

Tandatangan Tuan Yang Terutama Sir Arthur Henderson Young

Tandatangan
ARTHUR YOUNG

Disaksikan oleh
R. J. WILKINSON

Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 136

11 September 2008

Tok Janggut



  • Hj. Mat Hassan B. Panglima Munas.
  • Tempat Lahir : Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
  • Syahid : 24 Mei 1915 (berusia 65 tahun).
  • Gelaran : Tok Janggut

  • Cuba kita renung betul-betul muka jenazah as-Syahid Tok Janggut pada gambar di atas, tanya pada diri, apa yang aku rasa bila melihat wajah tersebut???!!!
  • Kini kita sudah faham perjuangan beliau, bukan semata-mata kerana isu cukai, tetapi atas isu yang lebih besar iaitu kedaulatan Islam yang mempunyai hubungkait dengan pemerintahan kerajaan Islam Turki pada masa itu, ini boleh di rujuk pada catatan sejarah yang ditulis orang-orang arab seperti dalam buku sejarah karangan Mahmud Syakir dan lain-lainnya.
  • Kalau kita amat-amati kronologi, susur galur sejarah beliau. Pasti kita faham apa yang berlaku pada hari ini. Kerana sejarah ini sentiasa berulang. Akan kita kenal siapa yang mengulangi watak sejarah "Tok Janggut" dan siapa yang menyerupai watak pihak British.
  • Percayalah!! perjuangan Tok Janggut bukan di atas dasar keduniaan semata, bahkan ianya bertunjangkan Akidah Islamiah dan Kedaulatan Islam. Dari itu, asas perjuangan ini patut kita menggelarkan beliau "ASSYAHID".
Tok Janggut
Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa kautuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
Ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
Kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
Dan kugenggam ideologi Rashid Redha

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Anak Kelantan kelahiran Pasir Putih
Kampung Saring mahupun Jeram
Adalah padang permainanku
Adalah gelanggang silat
Tempat aku memperlimaukan diri
Aku pulang dengan siap sedia asal mula
Sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tiran
Inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
Dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Putih
Ringkik angin topan, sedialah kau
Akan kuamuk kegetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam
Di perut tiram
Jauh pada dasar lautan!

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP