03 Januari 2009

Tahun Baru 1430H dan 2009M

Selamat Tahun Baru kepada semua, semoga murah rezeki, panjang umur dsb… itu ungkapan yang biasa kita dengar dan biasa diucapkan untuk kita atau kita yang ucapkan. Ucapan orang-orang arab “kullu ‘aam wa antum bikhair” (maksud lebih kurang – sepanjang tahun kamu dalam kebaikan), manakala ucapan English “heppy newyear” semua ucapan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sama untuk mendoakan kebaikan yang diharapkan oleh semua makhluq. Kesempatan ini juga myPustaka mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ini.


Tahukah kita! Bagi ilmuan Islam setiap yang berlaku ada sebab musabbabnya, mereka juga mengkaji, menyelidik, dan membuat kesimpulan dalam setiap perkara yang berlaku. Kerana ianya berlaku bukan atas perkara kebetulan atau terjadinya dengan sendiri. Di sini saya ingin berkongsi hasil tulisan ilmuan Islam berkenaan tahun baru.

Menurut Syeikh Muhammad Marzuqi dalam Syarah Natiijatul Miiqaat beliau menerangkan, apabila awal tahun iaitu tanggal 1 Muharram jatuh pada hari tertentu ia mempunyai tanda dan alamat tertentu sebagaimana berikut:

Ahad : Tanda kezaliman raja/ pemerintah dan pembesar serta sedikit hujan.

Isnin : Menunjukkan kebaikan raja/ pemerintah serta hulubalang dan hujan banyak.

Selasa : Kematian pembesar, pertumpahan darah, barangan naik harga dan sedikit hujan.

Rabu : Sederhana dalam semua perkara bagi rakyat dan hujan

Khamis : Keadilan raja/ pemerintah dan hulubalang, kebaikan pada hal ehwal Qadi dan Fuqaha’ serta banyak rezqi, kebajikan dan hujan.

Jumaat : Kezaliman raja/ pemerintah, hulubalang dan pembesar, manusia bercakaran dan sedikit hujan.

Sabtu : Kesusahan manusia dalam pekerjaan dan kehidupannya, tunduk kepada orang Fasiq serta tahun ini adalah tahun ketakutan.

Wallahu ’a’lam. Ianya bukanlah sesuatu yang mu’tamad untuk kita guna pakai dalam keyakinan kita. Tetapi hanya hasil kajian yang berbentuk hepotesis, atau dalam ibarat lain : kita beranggapan akan hujan bila langit berarak awan mendung, kerana kita percaya pada amatan kita kebiasaan mendung berarak hujan akan turun. Maksudnya, kita membuat anggapan/ kesimpulan pada amatan kita melalui tanda dan alamat.

”Sesunggah pada kejadian langit dan bumi, silih berganti siang dan malam adalah benar-benar mengandungi petanda bagi orang-orang yang memerhati”

24 November 2008

TARIKAT SEBAGAI RAWATAN KETAGIHAN DADAH

Pelbagai teori telah diketengahkan sebagai pendekatan untuk merawat mereka yang terjerumus dalam masalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah kaedah psikologi yang diperkenalkan oleh barat dan pelbagai kaedah-kaedah lain yang diketengahkan oleh pihak kerajaan.

Setelah mengadakan lawatan ke Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia, Kuala Nerang, kedah. Saya amat tertarik dengan cara pendekatan yang diterap oleh institusi ini untuk merawat jiwa manusia, termasuklah bagi mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Apa yang menariknya, Pondok Inabah ini bukan sahaja menjalankan aktiviti tarikat sebagaimana yang kita dengar atau lihat dengan merawat jiwa, menanam keinsafan, mendekatkan diri kepada tuhan sahaja, bahkan ianya meliputi rawatan dan pemulihan bagi mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dengan menggunakan kaedah Zikir Tarikat.


Latar Belakang Pondok Inabah Remaja 1 Malaysia.

Pondok Remaja Inabah merupakan sebuah institusi pusat untuk aktiviti Tarikat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang berpangkalan di Pondok Pesantren Suryalaya, Indonesia. Terdapat tiga cawangan di Malaysia, iaitu di Kuala Nerang, Kedah, Terengganu, dan Sabah.

Pondok Remaja Inabah Kuala Nerang, Kedah diterajui oleh Pak Guru Hj. Mohd Zuki Assyuja’ b. Shafie yang mula ditubuhkan pada tahun 1980 bertempat di rumah belaiu sendiri kg. Pulau Bidin, Langgar, Alor Star, Kedah. Kemudian pada tahun 1996 berpindah ke Kg. Paya, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, Kedah.

Pada tahun 1991 menjadi Pusat Lanjutan PEMADAM Kebangsaan dan mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Pemulihan Dadah Persendirian daripada Agensi AntiDadah Kebangsaan pada tahun 1998.

Surau Pondok Remaja Inabah sebagai tempat aktiviti rawatan dan pemulihan

Kaedah dan Konsep Rawatan dan Pemulihan

Secara umumnya kaedah rawatan melalui pendekatan Tarikat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah. Setiap mereka yang mula masuk di sini akan menjalani tiga kaedah rawatan utama iaitu 1. Mandi 2. Solat 3. Zikir.

Menekankan konsep pembinaan serta bimbingan rohani dan jasmani, Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan Taubat.

Pengisian dalam Rawatan dan Pemulihan terdiri dari: Talqin dan Bai’h (janji), Zikir, Solat (Fardhu dan Sunat), Khotaman (secara mingguan), dan Manaqiban (bulanan)

Alternatif

Pondok Remaja Inabah merupakan sebuah institusi yang sesuai sebagai alternatif selain Pusat Serenti yang disediakan oleh kerajaan untuk membina dan membimbing mangsa penyalahgunaan dadah, masalah sosial remaja, serta mereka yang mengalami tidak ketenteraman jiwa untuk kembali ke jalan yang benar menurut perintah Allah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kewangan yang kukuh dan tidak mahu melibatkan mahkamah yang boleh menjejaskan rekod individu dalam simpanan kerajaan.

(Edit)Terima kasih kepada pengunjung myPustaka.blogspot.com yang banyak memberi sokongan selama ini. Saya juga momohon maaf atas kekurangan yang terdapat dalam posting. InsyaAllah saya akan perbaiki dari masa kesemasa dalam terus mengedit posting mengikut keperluan.

Nampaknya posting ini mendapat pelayar yang agak tinggi, saya sertakan nombor telefon Inabah Kuala Nerang untuk kemudahan pelayar berhubung terus dengan pihak Inabah. 04-7823996

13 Oktober 2008

Datang Solat Juga!!!





Cuba anda lihar betul-betul pada gambar. Apa yang pelik?!! yang macam ni pun datang solat jumaat juga.... mungkin dah insaf kot?!!





Gambar ini tak pernah di edit atau pun diubah mana-mana bahagian, ianya adalah gambar asal yang diambil sendiri dengan handphone berkamera 1.3 megapixel semasa khutbah Jumaat bertarikh 10 Okt. 2008.

23 September 2008

Kaabah Bangunan Kiblat




Kaabah adalah bangunan yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T..

Binaan ini juga telah beberapa kali mengalami baik-pulih berdasarkan beberapa faktor. Kali terakhir proses membaikpulih bangunan ini berlaku pada tahun 1996/1997 yang melibatkan struktur utama termasuklah dinding dan 4 tiang utama.

Seorang sahabat
saya (Saiful al Beyeh, ketika belajar di Jordan) yang sempat menyaksikan serta mencari khabar tentang rombakkan ini menceritakan ianya bermula setelah pihak Amerika scan melalui satelit dan memberitahu bahawa bangunan Kaabah sudahpun senget dan tidak stabil serta membahayakan orang ramai, maka pihak berkuasa Arab Saudi membuat baikpulih keseluruhannya.

Pada peringkat permulaannya berjalan dengan lancar, tetapi setelah sampai pada penukaran tiang utama kontraktor yang melakukannya mengalami masalah untuk mendirikan semula bangunan ini, yang akhirnya tiang yang dilihat bengkok dan tidak stabil digunapakai kembali, manakala batu dindingnya telah dibuang ke laut. (wallahu 'a'lam).

Wahai sahabat semua, masih ada lagi di kalangan umat Islam pada hari ini tertanya-tanya, kemana kita nak hadap dalam solat sekiranya bangunan ini sudah tiada???!!
Ketahuilah! Kiblat umat Islam bukanlah semata-mata pada bangunan Kaabah, Kaabah hanyalah binaan yang mulia sebagai masjid, sekiranya ianya musnah dengan takdir Allah, kita akan tetap mengadap pada titiknya.


Gambar di atas ialah pemandangan di dalam Kaabah yang dilawati oleh raja Saudi dan orang-orang kenamaam seluruh negara.

Sempena Ramadhan al Mubarak ini, sama-sama mengajak kembali diri kita dan umat Islam yang terjangkau oleh kita agar kembali kepada kiblat ini bukan yang lain.

21 September 2008

Yahudi Israil Borong Tanah Iraq Untuk Sempurnakan Impian Penubuhan Negara

Oleh Salman al Munziri

Cita-cita gerakan Zionis dan negara haram Israel untuk menubuhkan negara Yahudi (Israel Raya) dari Sg Nil di Mesir hingga ke Sg Furat di Iraq semakin hampir menjadi kenyataan. Mereka kini telah dan sedang membeli tanah-tanah di Iraq untuk tujuan tersebut.

Pasaran hartanah di Iraq kelihatan semakin rancak dengan harga yang semakin meningkat sejak ia dijajah oleh Amerika Syarikat April lalu. Ini adalah disebabkan tiga faktor utama:

1. Kemasukan warga asing.

2. Perompak-perompak bank cuba untuk membersihkan wang mereka menerusi cara jual-beli hartanah.

3. Tawaran harga tinggi daripada pembeli-pembeli Yahudi.

Dengan mendapat laluan mudah daripada pihak kolonial (Amerika Syarikat) kaum Yahudi sanggup menawarkan harga melebihi harga pasaran semata-mata untuk memiliki hartanah di Iraq. Sebagai contoh, sebuah rumah di jalan As Salikh, pinggir Baghdad dibeli dengan harga 600 juta dinar (USD 400,000).

Di daerah Al Kifl yang dianggap suci oleh penganut Yahudi, sebuah rumah dibeli dengan harga 50 juta dinar sedangkan tuan rumah hanya menawarkan harga 12 juta sahaja. Nama 'Al Kifl' diambil sempena nama Nabi Zulkifli yang dikatakan telah dimaqamkan di situ.

Ia adalah bandar yang paling suci bagi kaum Yahudi di Iraq dan merupakan bandar bagi sempadan sebelah Timur negara Yahudi yang mereka impikan.

USAHA BERTERUSAN

Kegiatan membeli tanah rakyat Iraq ini bukan perkara baru. Bahkan ia telah diusahakan oleh Yahudi Israel sejak tahun 1992, iaitu ketika Iraq sedang menerima tekanan ekonomi yang hebat daripada Amerika dan PBB.

Biara (rumah ibadat) Yahudi di Baghdad (Gambar: Al Jazeerah)

Walaupun Iraq dinafikan hak perdagangan dengan mana-mana negara, tetapi ada usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk wang daripada luar negara dengan cara menjual hartanah. Ini dilakukan oleh warga Iraq yang tinggal di Eropah, terutamanya di Italy dan Belanda.

Kegiatan ini terdedah apabila pada tahun 1995, seorang wanita Iraq ditahan oleh pihak berkuasa selepas dia membeli sebuah sekolah agama di Al Kazimiah dengan harga 1.3 juta dolar. Setelah disoal-siasat, wanita tersebut mengaku diupah oleh seorang Yahudi untuk membeli sekolah agama berkenaan.

Kini kegiatan membeli tanah rakyat Iraq dilakukan tanpa perlu pengantara lagi. Dengan laluan mudah pihak penjajah, mereka bebas membeli tanah sama ada menerusi broker ataupun membelinya secara langsung.

KAWASAN TUMPUAN

Tiga kawasan menjadi tumpuan pembeli-pembeli berkenaan iaitu kawasan 'agama', kawasan industri dan bangunan-bangunan tinggi.

Kawasan yang dikira sebagai kawasan 'agama' ialah seperti kawasan di hadapan maqam Syeikh Abdul Qader Al Jailani dan kawasan sekitar maqam Imam Musa Al Kazim.

Sementara kawasan industri yang menjadi tumpuan mereka ialah Al Mansur, Al Harithiah dan Al A'zamiah. Mereka turut berusaha untuk menguasai Suq Danial, iaitu sebuah pusat jualan kain terpenting di Baghdad yang menjalankan urusniaga antara setengah ke satu juta dolar sehari. Begitu juga dengan pasar As Syurjah, yang dianggap bersejarah bagi orang Yahudi.

Sehingga kini 4 buah appt dan 2 buah hotel dikenal pasti sudah dibeli oleh orang Yahudi di jalan Abu Nawwas yang masyhur, di pinggir sungai Dajlah.

BERMOTIF POLITIK

Kegiatan pembelian hartanah ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi ianya adalah tindakan bermotif politik dan berniat jahat untuk menjajah bumi Iraq seperti mana yang mereka lakukan ke atas Palestin.

Ini jelas terbukti apabila orang yang dipertanggung-jawabkan oleh rejim Israel untuk menguruskan penghijrahan beramai-ramai kaum Yahudi ke negara-negara Arab, Jif Kayi mengadakan lawatan ke Baghdad Ahad lalu.

Dalam lawatannya, Kayi mengadakan pertemuan 'untuk memastikan keselamatan' warga Iraq beragama Yahudi. Kayi turut membawa kitab Mazamir (Zabur yang telah diubah) untuk diberikan kepada Yahudi Iraq. Terdapat 34 orang Yahudi yang menjadi rakyat Iraq.

Sejak tahun 1978, tidak berlaku sebarang perkahwinan di antara mereka menyebabkan bilangan mereka tidak bertambah. Yang ada kini hanyalah orang-orang tua yang berusia sekitar 80an.

Sejak ditubuhkan negara haram Israel di Palestin, lebih 129,000 Yahudi Iraq telah berpindah ke Palestin.

Kuasa bangsa Yahudi di Iraq yang telah dihancurkan oleh kerajaan Babylon Pertama cuba dikembalikan setelah sekutu Israel, Amerika Syarikat berjaya menjajah negara berkenaan.

Sejumlah bahan sejarah seberat 3 tan yang berkaitan dengan kaum Yahudi sejak zaman Babylon telah dicuri dari Muzium Baghdad pada hari kedua kejatuhan Saddam Husein. Beberapa helaian kulit yang tertulis padanya nas daripada kitab Taurat dan Talmud juga turut dicuri di Muzium Mosul dan Najaf.

Mungkinkah kecurian ini dirancang sendiri oleh tentera Amerika Syarikat untuk diberikan kepada Yahudi Israel menjelang penubuhan negara haram Yahudi dari Nil ke Furat dan dari Syria ke Madinah?

Ketika melawat ke Kem Berlif Mac lalu (sebuah kem tentera Yahudi/Israel di Semenanjung Sinai yang telahpun dibebaskan oleh tentera Mesir pada 6 Oktober 1973), penulis sempat melihat sebuah syair bahasa Ibrani (Hebrew) yang ditinggalkan oleh tentera Israel ketika menjajah Semenanjung sinai. Antara lain, syair itu menyebut:

"Sejak sekian lama ia masih di dalam hati... Roh Yahudi sentiasa bekicauan... Sejak sekian lama cita-cita kami tidak luntur, untuk kembali menguasai bumi nenek moyang kami, di bandar-bandar yang pernah diduduki oleh (nabi) Daud."

Syair berkenaan masih dikekalkan kedudukannya di Kem Berlis dan ditulis terjemahannya oleh pihak berkuasa Mesir untuk mengingatkan rakyatnya supaya berhati-hati terhadap niat jahat kaum Yahudi.

13 September 2008

Cara Pagar Dari Jin & Syaitan

  • Baca ayatul ruqyah pada air
  1. al fatihah
  2. al baqarah 1-5
  3. al baqarah 102
  4. al baqarah 163-164
  5. al baqarah 255
  6. al baqarah 285-286
  7. ali imran 18-19
  8. al ‘araf 54-56
  9. al ‘araf 117-122
  10. yunus 81-82
  11. taha 99
  12. al muminin 115-118
  13. as sofaat 1-10
  14. al qaf 29-32
  15. ar rahman 33-36
  16. al hasyr 21-24
  17. al jin 1-9
  18.  al ikhlas
  19. al falaq
  20. an nas
  • spray sekeliling rumah mula pintu hadapan sebelah kanan.
  • sekiranya ada tempat menyeramkan, baca ayatul kursi sehingga kita rasa tenang, atau azan di tempat tersebut.
  • manakala dalam tandas pula, tunding jari ke arah tandas azan, baca ayatul zalzalah 7x.

11 September 2008

Tok Janggut



  • Hj. Mat Hassan B. Panglima Munas.
  • Tempat Lahir : Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
  • Syahid : 24 Mei 1915 (berusia 65 tahun).
  • Gelaran : Tok Janggut

  • Cuba kita renung betul-betul muka jenazah as-Syahid Tok Janggut pada gambar di atas, tanya pada diri, apa yang aku rasa bila melihat wajah tersebut???!!!
  • Kini kita sudah faham perjuangan beliau, bukan semata-mata kerana isu cukai, tetapi atas isu yang lebih besar iaitu kedaulatan Islam yang mempunyai hubungkait dengan pemerintahan kerajaan Islam Turki pada masa itu, ini boleh di rujuk pada catatan sejarah yang ditulis orang-orang arab seperti dalam buku sejarah karangan Mahmud Syakir dan lain-lainnya.
  • Kalau kita amat-amati kronologi, susur galur sejarah beliau. Pasti kita faham apa yang berlaku pada hari ini. Kerana sejarah ini sentiasa berulang. Akan kita kenal siapa yang mengulangi watak sejarah "Tok Janggut" dan siapa yang menyerupai watak pihak British.
  • Percayalah!! perjuangan Tok Janggut bukan di atas dasar keduniaan semata, bahkan ianya bertunjangkan Akidah Islamiah dan Kedaulatan Islam. Dari itu, asas perjuangan ini patut kita menggelarkan beliau "ASSYAHID".
Tok Janggut
Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa kautuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
Ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
Kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
Dan kugenggam ideologi Rashid Redha

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Anak Kelantan kelahiran Pasir Putih
Kampung Saring mahupun Jeram
Adalah padang permainanku
Adalah gelanggang silat
Tempat aku memperlimaukan diri
Aku pulang dengan siap sedia asal mula
Sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tiran
Inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
Dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Putih
Ringkik angin topan, sedialah kau
Akan kuamuk kegetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam
Di perut tiram
Jauh pada dasar lautan!

Halwa Telinga

Dikir Barat
Iklim
P Ramli
Lebaran

Galeri gambar MyPustaka

Subscribe to myPustaka

Inspirasi Anda Adalah Inspirasi Bersama

myPustaka at Yahoo! Groups

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP