29 Ogos 2009
Betul ke Tiada Kepakaran Sebat Syariah??
Menteri Dalam Negeri kata negara kita tidak ada kepakaran dalam sebat syariah berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas Kartika oleh Hakim Mahkamah Syariah Kuantan tempoh hari.
Cuba amati video di bawah ini:
Ghost Jepun Melalui CCTV
Jangan risau hanya rakaman cctv yang diamati sahaja.
Bagi pelayar yahoogroups boleh terus ke mypustaka
27 Ogos 2009
Ismail Kamus Meninggal Dunia???
Heboh pasal Ismail kamus meninggal dunia, tetapi setakat ini tiada sumber yang sohih untuk mengesahkannya. Walaupun begitu, kita tetap mengharapkan beliau sihat wal afiat untuk meneruskan kerja-kerja Islam yang diusahakannya selama ini.
Utusan Malaysia melaporkan :
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Ismail Kamus mengesahkan beliau sihat dan kini berada di Mekah mengerjakan umrah.
Justeru adiknya, Mohamad Kamus yang dihubungi petang ini menolak khabar angin yang tersebar luas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) konon abangnya itu kembali ke Rahmatullah. – Utusan.
Label: ismail kamus
Agama - Tahanan Reman Peguam Sah
Berita Pilihan
PUTRAJAYA 26 Ogos - Perintah tahanan reman terhadap seorang peguam berhubung siasatan kes penculikan anak guamnya, Nor'aishah Bokhari yang didakwa murtad lebih 11 tahun lalu, diisytiharkan sah oleh Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Md. Raus Sharif memutuskan demikian hari ini setelah menolak rayuan Leonard Teoh Hooi Leong, 68, agar perintah reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Pontian, Johor itu dibatalkan.
Hakim Md. Raus yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sebulat suara berpendapat, majistret bertindak mengikut undang-undang yang betul ketika memerintahkan peguam itu direman 10 hari bermula 14 Januari 1998.
Sehubungan itu, panel berkenaan berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi Johor Bahru betul ketika memutuskan untuk tidak menyemak perintah Mahkamah Majistret itu.
Pada 19 Januari 1998, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menolak permohonan Leonard untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret Pontian yang membenarkan lelaki itu direman ekoran keengganannya mendedahkan di mana Nor'aishah, 37, atau nama Kristiannya, Aishah Felicia Bokhari berada.
Siasatan polis bermula setelah Nor'aishah yang ketika itu berusia 25 tahun hilang dari rumah keluarganya di Pontian pada 30 Disember 1997 selepas didakwa diculik oleh kekasihnya yang beragama Kristian.
Maklumat awal mendapati Nor'aishah melantik Leonard untuk mendapat nasihat bagi membolehkannya membuat pernyataan bersumpah keluar daripada agama Islam yang kemudian diikrarkan pada 22 Oktober 1997. - Utusan
25 Ogos 2009
Tangguh Sebat Kartika Ibarat Menambah Hukuman

Kartika Sari Dewi Shukarno merupakan seorang model sambilan yang telah mengaku minum arak telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Kes ini mendapat liputan media yang meluas kerana ianya merpakan kes sebat yang pertama akan dijalankan.
Namun begitu, hukuman sebatan ini telah ditangguhkan atas alasan "menghormati bulan ramadhan" .
Apakah dengan hukuman ini berjalan akan mencemarkan kemuliaan Ramadhan?
Adakah hukuman sebat kepada pesalah yang memimun minuman keras umpama perkara sia-sia?
Atau hakim masih ragu-ragu dengan keputusan yang telah dibuat? atau untuk mengumpul buplisiti? atau ada tangan-tangan lain yang mencapuri urusan ini?
Persoalan di atas bermain dalam benak kita, ianya hanya persoalan yang tidak berjawab, kerana jawapan ada dalam diri setiap kita.
Kalau kita kata : kita tangguhkan pesta itu dan ini atau jim heboh untuk hormati kemuliaan Ramadhan saya cukup setuju dan anda semua mungkin sependapat dengan saya.
Kartika sekarang telah redha dengan hukuman yang bakal dijalaninya, termasuk keluarganya menerima baik apa yang telah diputuskan oleh mahkamah. Tetapi Kartika sekarang seolah-olah telah menerima dua hukuman, pertama hukuman fizikal dan mental (fizikal = sebat, mental = malu), kedua hukuman masa.
Walaupun nampak mudah, masa merupakan amat penting. Seolah-olah masa Kartika tidak langsung berharga, Kartika juga perlu memperuntukkan masanya untuk perkara lain, sekiranya hukuman ini belum dilaksanakan bermakna Kartika dibelenggu dengan kengkangan kebebasan masa.
Kartika juga seolah-olah di"bola"kan, apa tidaknya, sekejap kata jadi sekejap kata tak jadi. Sekejap ambil, sekejap dipulangkan, macam perkara main-main, tidak serius langsung nampaknya.
Satu lagi impak yang agak besar untuk diambil kira, inilah dikatakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kerana keputusan ini, mungkin persepsi awam terhadap badan kehakiman syariah bertambah buruk. Umum tahu, bila sebut mahkamah syariah dah terbayang dengan leceh, remeh temeh, lambat, tidak kosisten dsb. yang mencalar imej badan yang menguruskan perundangan Islam. Impaknya juga sangat besar kepada Islam dan ummahnya.



